Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Langit Biru Bertukar Merah Jambu Di Birmingham
Penduduk di sekitar Birmingham dan beberapa kawasan lain di West Midlands dikejutkan dengan pemandangan luar biasa apabila langit bertukar warna merah jambu terang ketika ribut salji melanda pada malam Khamis.
Imej fenomena sama turut dikongsi penduduk dari Hednesford, Staffordshire. Fenomena jarang berlaku itu mencetuskan pelbagai spekulasi di media sosial.
Ada yang menyangka ia adalah matahari terbenam yang luar biasa terang. Manakala, tidak kurang juga beranggapan ia mungkin fenomena Cahaya Utara (Aurora Borealis) yang muncul secara mengejut.
Pantulan cahaya daripada lampu itu menyebabkan langit di sekitar bandar kelihatan bercahaya dengan warna yang ketara.
Menurut penyampai cuaca BBC, Simon King, litupan awan tebal serta salji yang turun menyebabkan langit menjadi lebih reflektif, sekali gus memantulkan cahaya dari permukaan bumi.
Beliau turut menjelaskan bahawa Stadium St Andrew’s dikenal pasti sebagai sumber utama cahaya merah jambu itu.
Dalam pada itu, Hednesford Town Football Club turut berkongsi di media sosial bahawa fenomena serupa yang berlaku lebih awal pada minggu tersebut berpunca daripada penggunaan lampu LED padang mereka.

Simon King turut menjelaskan bahawa dalam keadaan atmosfera tertentu. Ini khususnya apabila awan rendah dan salji hadir, cahaya dari lampu jalan, bangunan dan stadium bola sepak boleh dipantulkan ke langit, menghasilkan cahaya berwarna yang luar biasa.
Sementara itu, jurucakap Met Office, Grahame Madge, berkata salji dan titisan air di udara lebih mudah menyebarkan cahaya berwarna biru.
Keadaan ini membolehkan gelombang cahaya yang lebih panjang seperti merah dan jingga menonjol, sekali gus menyebabkan langit kelihatan berwarna merah jambu atau jingga.
BACA: Belajar Di Malaysia, Lelaki Indonesia Kongsi 6 Pengalaman Yang Dilaluinya
Sumber: BBC