Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Pempengaruh media sosial, Mohammad Shohaimi Mohamed Amin atau lebih dikenali sebagai Mr Wong meninggal dunia sekitar jam 7 malam tadi.
Berita duka itu dikongsikan oleh rakan-rakan Allahyarham di media sosial.
Pengguna TikTok, @Ayukepoh memaklumkan perkhabaran itu diketahui daripada isteri Allahyarham iaitu Kak Ros.
Dia memohon agar orang ramai mendoakan roh Allahyarham dicucuri rahmat.
Dalam pada itu, Farid Along juga berkongsi bahawa Allahyarham menghembuskan nafas terakhir di Hospital Kuala Lumpur dipercayai akibat sakit jantung.
Salam takziah kepada seluruh keluarga Allahyarham, semoga Allahyarham ditempatkan dalam kalangan orang yang beriman.
Sumber: Farid Along, Ayu Kepoh