Utama

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Berita

Luar Negara

Berita

Berita

Sukan

Berita

Buat Tempahan Sejak 2010, Pemilik Kedai Terima Stok Telefon Nokia ‘Purba’ Pada 2026
Pada ketika kebanyakan masyarakat tidak lagi mengingati telefon bimbit berbutang, seorang peniaga di Libya dikejutkan dengan ketibaan stok lama telefon Nokia yang ditempahnya sejak tahun 2010, lapor portal Republic.
Enam belas tahun lalu, pemilik sebuah kedai telefon di Tripoli itu telah membuat pesanan secara pukal bagi telefon Nokia berpapankekunci, iaitu model yang sangat popular pada waktu itu.

Namun begitu, perang saudara di Libya pada tahun 2011 telah menjejaskan sistem rantaian bekalan, menyebabkan peranti-peranti berkenaan tersimpan di gudang selama lebih sepuluh tahun sebelum akhirnya dihantar.
Apa yang lebih tidak disangka, pembekal telefon berkenaan sebenarnya turut berada di Tripoli, dengan jarak hanya beberapa kilometer dari kedai milik pembeli tersebut.
Satu rakaman video yang menunjukkan pemilik kedai itu membuka kotak-kotak berisi telefon Nokia model lama telah menjadi tular di platform media sosial.
Dalam video tersebut, peniaga itu bersama rakan-rakannya kelihatan ketawa terbahak-bahak apabila menyedari situasi luar biasa itu sambil memeriksa stok yang baru diterima.
Ketika membuka kotak, dia sempat bergurau dengan berkata, “Ini telefon atau barang purba?”

Dikelilingi peranti yang suatu ketika dahulu pernah menjadi fenomena, pemilik kedai itu terus ketawa sambil berpura-pura membuat panggilan dan menggunakan kamera pada telefon yang kini dianggap ‘bersejarah’.
Rakaman berkenaan mencetuskan pelbagai reaksi menghiburkan dalam kalangan pengguna media sosial, selain secara tidak langsung menonjolkan kesan peperangan terhadap kehidupan seharian orang awam.
Sumber: Republic