Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Ringgit Di Tempat Pertama Dalam Senarai Prestasi Mata Wang Asia 2025
Ringgit Malaysia muncul sebagai mata wang berprestasi paling kukuh pada tahun 2025.
Menerusi perkongsian Seasia Stats, Ringgit Malaysia mencatatkan pengukuhan tertinggi dalam senarai berkenaan, +9.78 peratus.
Lonjakan ini mencerminkan peningkatan keyakinan pelabur, imbangan luaran yang semakin kukuh, serta keadaan ekonomi serantau yang menyokong. Ia sekali gus meletakkan Ringgit di tangga teratas prestasi mata wang Asia.
Di tempat kedua, adalah mata wang Baht (Thailand) yang meningkat yang mencatatkan +9.41 peratus, menandakan pemulihan kukuh yang didorong oleh kebangkitan sektor pelancongan dan asas makroekonomi yang semakin stabil.
Di tempat ketiga pula adalah, Dolar Singapura yang merekodkan kenaikan sebanyak +5.94 peratus, sekali gus mengukuhkan reputasi Singapura sebagai hab selamat serantau yang disokong oleh dasar monetari berhemah dan kestabilan kewangan.
Selain tiga teratas, beberapa mata wang Asia lain mencatatkan kenaikan sederhana, termasuk Dolar Taiwan Baharu dan Yuan China.
Manakala beberapa mata wang lain pula berdepan tekanan ketara.
Lira Turki muncul sebagai mata wang paling lemah dengan kejatuhan mendadak sebanyak -18.40 peratus, mencerminkan cabaran ekonomi yang masih berterusan.
1. Ringgit Malaysia (+9.78 peratus)
2. Baht – Thailand (+9.41 peratus)
3. Dolar – Singapura (+5.94 peratus)
4. New Dollar -Taiwan (+5.12)
5. Yuan Renminbi – China (+4.03)
6. Won – Korea Selatan (+2.65)
7. Dong – Vietnam (+1.15)
8. Yen – Jepun (+0.98)
9. Peso – Filipina (2.78)
10. Rupiah – Indonesia (-3.14)
11. Rupee – India ( -4.73)
12. Taka – Bangladesh (-6.20)
13. Rupee – Pakistan (-12.50)
14. Lira -Turkiye (-18.40)
Secara keseluruhan, data ini menggambarkan bagaimana ketidakseimbangan keadaan ekonomi dan tindak balas dasar telah membentuk landskap mata wang Asia sepanjang 2025.
Sumber: Seasia Stats