Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Individu Yang Dijemput Anggotai Lembaga Gaza Di Bawah Pentadbiran Trump – AFP

Hannah
lembaga gaza Trump
Gambar: AFP

Individu Yang Dijemput Anggotai Lembaga Gaza Di Bawah Pentadbiran Trump – AFP

Pentadbiran Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump, dilaporkan telah menghubungi pelbagai tokoh berpengaruh dari seluruh dunia untuk menganggotai beberapa entiti khas berkaitan tadbir urus dan pembinaan semula Gaza selepas peperangan.

AFP melaporkan, entiti utama ini dikenali sebagai “Board of Peace” (Lembaga Keamanan). Ia akan disokong oleh sebuah jawatankuasa teknokrat Palestin serta “Gaza Executive Board” yang berperanan membantu tadbir urus dan penyampaian perkhidmatan di Gaza.

Lapor AFP lagi, menurut Rumah Putih, struktur ini bertujuan memastikan kestabilan, pemulihan dan pembangunan semula Gaza secara menyeluruh pascakonflik.

Lembaga Keamanan (Board of Peace)

Menurut AFP, Rumah Putih memaklumkan bahawa Lembaga Keamanan akan menumpukan perhatian kepada beberapa aspek penting.

Antaranya pembinaan keupayaan tadbir urus, hubungan serantau, usaha pembinaan semula, tarikan pelaburan serta mobilisasi dana dan modal berskala besar.

Tambah AFP, individu yang telah disahkan oleh Rumah Putih ialah:

  • Donald Trump, Presiden Amerika Syarikat (Pengerusi)

  • Marco Rubio, Setiausaha Negara Amerika Syarikat

  • Steve Witkoff, Perunding khas Trump

  • Jared Kushner, menantu Donald Trump

  • Tony Blair, bekas Perdana Menteri United Kingdom

  • Marc Rowan, bilionair dan tokoh kewangan Amerika Syarikat

  • Ajay Banga, Presiden Bank Dunia

  • Robert Gabriel, pembantu setia Trump dalam Majlis Keselamatan Negara AS

Jawatankuasa Kebangsaan Pentadbiran Gaza

Lapor AFP lagi, jawatankuasa ini terdiri daripada golongan teknokrat Palestin dan akan bertanggungjawab mengurus pemulihan asas di Gaza.

Menurut kenyataan rasmi, jawatankuasa ini akan:

  • Menyelia pemulihan perkhidmatan awam teras

  • Membina semula institusi awam

  • Menstabilkan kehidupan seharian penduduk Gaza

Ahli yang disenaraikan setakat ini:

  • Ali Shaath, bekas Timbalan Menteri Pihak Berkuasa Palestin (Ketua Jawatankuasa)

Lembaga Eksekutif Gaza (Gaza Executive Board)

Lembaga ini diwujudkan bagi menyokong tadbir urus yang berkesan serta memastikan penyampaian perkhidmatan kepada rakyat Gaza berjalan dengan lancar.

Antara individu yang terlibat ialah:

  • Steve Witkoff

  • Jared Kushner

  • Tony Blair

  • Marc Rowan

  • Nickolay Mladenov, diplomat Bulgaria

  • Sigrid Kaag, Penyelaras Kemanusiaan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi Gaza

  • Hakan Fidan, Menteri Luar Turkiye

  • Ali Al-Thawadi, diplomat Qatar

  • Jeneral Hassan Rashad, Pengarah Agensi Perisikan Mesir

  • Reem Al-Hashimy, Menteri Emiriah Arab Bersatu

  • Yakir Gabay, bilionair Israel

Pemimpin dunia yang dilaporkan dijemput

Selain individu yang telah disahkan, beberapa pemimpin dunia turut memaklumkan bahawa mereka menerima jemputan untuk menyertai inisiatif ini. Antaranya:

  • Edi Rama, Perdana Menteri Albania

  • Javier Milei, Presiden Argentina

  • Luiz Inacio Lula da Silva, Presiden Brazil

  • Mark Carney, Perdana Menteri Kanada

  • Nikos Christodoulides, Presiden Cyprus

  • Abdel Fattah al-Sisi, Presiden Mesir

  • Viktor Orban, Perdana Menteri Hungary

  • Giorgia Meloni, Perdana Menteri Itali

  • Raja Abdullah II, Raja Jordan

  • Nicusor Dan, Presiden Romania

  • Recep Tayyip Erdogan, Presiden Turkiye

Penubuhan beberapa lembaga dan jawatankuasa ini menunjukkan pendekatan menyeluruh yang dirancang oleh pentadbiran Donald Trump dalam mengurus masa depan Gaza pascaperang.

Walau bagaimanapun, penglibatan tokoh-tokoh antarabangsa ini dijangka terus menjadi perhatian dunia. Ini khususnya berkaitan isu kedaulatan, peranan Palestin sendiri serta reaksi masyarakat antarabangsa terhadap inisiatif tersebut.

BACA: AS Akan Kenakan Cukai Import Ke Atas 8 Negara Eropah Berkaitan Greenland

Sumber: AFP