Utama

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Sukan

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Agong Zahir Rasa Kecewa Dengan Kes Rasuah Peringkat Tertinggi Dalam ATM
Yang di-Pertuan Agong, Sultan Ibrahim menzahirkan perasaan kecewa terhadap kes rasuah dalam ATM (Angkatan Tentera Malaysia) sampai peringkat tertinggi.
Baginda bertitah demikian ketika Istiadat Pembukaan Penggal Kelima Parlimen Kelima Belas di Parlimen hari ini.
“Saya amat kecewa apabila berlakunya kes rasuah dalam Angkatan Tentera Malaysia sampai peringkat tertinggi.
“Agaknya selepas ini saya terpaksa lantik Sarjan saja jadi PAT. Ini hanyalah sekelumit daripada segunung atau tip of the iceberg,” titahnya.
Baginda bertitah amalan rasuah mesti diperangi secara besar-besaran.
“Saya pernah sebut dahulu yang saya datang ke Kuala Lumpur untuk memburu rasuah dan nampaknya saya telah berjaya.
“Saya yakin ada ramai lagi di luar sana, sama ada di Jabatan Kastam, imigresen, polis dan sebagainya. Serta termasuk juga yang berada di dalam Dewan akan terus diburu sampai jumpa,” titah baginda lagi.
Di samping itu, baginda turut bertitah bahawa bukan sahaja penerima rasuah wajar disiasat, malah pemberi rasuah serta ejen yang bersubahat juga mesti dikenakan tindakan tegas.
Seri Paduka Baginda, bertitah menegaskan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) agar menjalankan siasatan dengan pantas, tegas dan sempurna tanpa mengira pangkat atau kedudukan.
Baginda turut menyarankan kepada kerajaan untuk menyediakan hakim berpengalaman serta laluan khas di mahkamah bagi mempercepatkan perbicaraan kes rasuah.
Sultan Ibrahim bertitah, mengingatkan semua Ahli Yang Berhormat dan penjawat awam bahawa jawatan yang disandang merupakan amanah rakyat dan negara.
“Sesiapa yang menyalahgunakan kuasa, menyeleweng dana awam, menerima rasuah atau melindungi perasuah adalah dianggap sebagai pengkhianat negara’,” titah baginda.