Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

RPN 2026-2035: Prasekolah Mulai Usia Lima Tahun, Tahun 1 Mulai Usia Enam Tahun

rpn prasekolah tahun 1
Kredit: Bernama

RPN 2026-2035: Prasekolah Mulai Usia Lima Tahun, Tahun 1 Mulai Usia Enam Tahun

Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim hari ini mengumumkan perubahan struktur pendaftaran pendidikan awal kanak-kanak melibatkan prasekolah dan Tahun 1 bermula tahun hadapan.

Pengumuman tersebut dibuat ketika majlis pelancaran Rancangan Pendidikan Negara (RPN) 2026-2035 di Putrajaya hari ini.

Perubahan yang dilaksanakan melibatkan kemasukan pendidikan prasekolah bermula pada usia lima tahun dan ibu bapa boleh mendaftar anak secara sukarela ke Tahun 1 pada usia enam tahun pada 2027.

BACA:SARA Mula Disalurkan Kepada 3.1 Juta Penerima Bujang Hari Ini

Beliau memaklumkan bahawa perkara ini belum diwajibkan pada bagi memberi ruang kepada ibu bapa yang belum bersedia.

Menurutnya, kerajaan memberikan pilihan untuk anak-anak menerima pembelajaran formal lebih awal sesuai dengan keupayaan masa kini.

Sementara itu, beliau turut mengumumkan peruntukan tambahan sebanyak RM100 juta menambah baik kemudahan khusus kepada guru.

“Kita juga akan pastikan kemudahan guru, bilik guru diperbaiki,” umum Anwar.

BACA:Lepas Lampu Hijau, Lampu Merah Pula Dinyalakan Di PPUM

BACA:NASA Buka Peluang Orang Awam Hantar Nama ‘Naik’ Roket Keliling Bulan, Ini Caranya

Sumber:Siaran langsung Astro Awani