Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
Gambar: AFP

Senjata Ekonomi Paling Berkuasa, Ketahui Apa Itu Trade Bazooka EU

Iqbal Yasir

Senjata Ekonomi Paling Berkuasa, Ketahui Apa Itu Trade Bazooka EU

Kesatuan Eropah (EU) kini mempertimbangkan penggunaan senjata ekonomi paling berkuasa yang dimilikinya, dikenali sebagai Trade Bazooka.

Langkah ini timbul susulan tindakan Presiden Amerika Syarikat, Donald Trump, yang meningkatkan ketegangan perdagangan dengan mengumumkan tarif sebanyak 10 peratus terhadap lapan negara Eropah, termasuk dua kuasa ekonomi utama EU, Jerman dan Perancis.

Sebagai tindak balas awal, EU memberi isyarat untuk mengenakan tarif balas ke atas beberapa kategori produk.

Namun, Perancis mendesak agar blok itu melangkah lebih jauh dengan mempertimbangkan penggunaan Instrumen Anti-Paksaan atau Bazooka Perdagangan (Trade Bazooka).

Apa Itu Trade Bazooka?

Diluluskan pada tahun 2023, instrumen anti-paksaan (Trade Bazooka) diwujudkan dengan mengambil kira perubahan landskap geopolitik global.

Ia khususnya peranan Amerika Syarikat dan China sebagai dua ekonomi terbesar dunia, yang semakin agresif mempertahankan kepentingan nasional melalui tarif, sekatan perdagangan dan penggunaan sumber strategik sebagai alat tekanan.

Di bawah perundangan EU, Trade Bazooka ditakrifkan sebagai tindakan negara ketiga yang menggunakan atau mengancam untuk menggunakan langkah-langkah yang menjejaskan perdagangan atau pelaburan bagi memaksa EU atau negara anggotanya menghentikan, mengubah atau melaksanakan sesuatu keputusan dasar tertentu.

Gambar: AFP

Dalam konteks ini, Trump mengancam untuk mengenakan tarif antara 10 hingga 25 peratus bermula 1 Februari sekiranya Denmark enggan bersetuju menjual Greenland menjelang Jun.

Tindakan ini dianggap sebagai satu bentuk paksaan ekonomi.

Mengapa Ia Digelar Senjata Ekonomi Paling Berkuasa?

Menurut laporan Euronews, Trade Bazooka sering dianggap sebagai pilihan “nuklear” dalam dasar perdagangan EU.

Disebabkan itu, ia tidak pernah digunakan kecuali dalam keadaan yang benar-benar mendesak.

Trade Bazooka memberi kuasa kepada EU untuk menyekat akses ke pasaran tunggal Eropah, yang merangkumi kira-kira 500 juta pengguna.

Ini termasuk keupayaan untuk mengehadkan lesen perdagangan serta menutup akses syarikat asing kepada tender perolehan awam.

Bagi Amerika Syarikat, implikasinya amat besar. Ia bukan sahaja melibatkan barangan fizikal, malah turut merangkumi sektor perkhidmatan, yang merupakan kekuatan utama ekonomi AS.

Kesan Trade Bazooka

Gambar: AFP

Berbeza dengan tarif konvensional, Trade Bazooka mempunyai jangkauan yang jauh lebih luas

EU boleh menyasarkan syarikat teknologi gergasi Amerika seperti Google, Meta, Amazon dan Netflix melalui pelbagai cara.

Antaranya termasuklah mengenakan cukai yang lebih tinggi, mengetatkan peraturan operasi dan melambatkan kelulusan produk atau perkhidmatan baharu.

Selain itu, EU juga boleh mengecualikan syarikat AS daripada kontrak perolehan awam, termasuk projek kerajaan berkaitan perkhidmatan awan dan infrastruktur digital.

Secara tidak langsung, tindakan ini akan memberi tekanan kepada ekonomi AS serta prestasi pasaran sahamnya yang merupakan tunjang utama ekonomi negara itu.

Satu lagi kelebihan utama Trade Bazooka ialah dari segi kepantasannya.

Tidak seperti sekatan ekonomi tradisional, instrumen ini tidak memerlukan persetujuan sebulat suara semua negara anggota EU untuk dilaksanakan, sekali gus menjadikannya lebih fleksibel dan berkesan sebagai alat tekanan.

Senjata Yang Belum Pernah Digunakan

Gambar: AFP

Walau bagaimanapun, instrumen anti-paksaan ini belum pernah diaktifkan sejak ia diwujudkan.

Tujuan utamanya adalah sebagai alat pencegahan (senjata yang cukup kuat) untuk menghalang, tanpa perlu benar-benar digunakan.

Atas sebab itu, negara-negara seperti Jerman dan Itali berulang kali mengingatkan agar instrumen ini tidak digunakan secara tergesa-gesa tanpa asas undang-undang yang kukuh.

EU juga bimbang tindakan keras terhadap Amerika Syarikat boleh membawa kesan sampingan yang besar, termasuk merosakkan hubungan transatlantik, khususnya dalam isu keselamatan NATO dan usaha mencari penyelesaian damai bagi konflik Ukraine.

Namun begitu, kesediaan EU untuk menggunakan Trade Bazooka dilihat sebagai usaha mengukuhkan kedudukan rundingan pemimpin Eropah ketika berdepan dengan Donald Trump di Davos.

Bagaimana Ia Ditentukan & Berapa Lama Proses?

Instrumen ini tidak diaktifkan secara automatik dan memerlukan beberapa peringkat penilaian.

Suruhanjaya Eropah atau mana-mana negara anggota boleh memohon pengaktifannya, namun ia mesti mendapat sokongan sekurang-kurangnya 55 peratus negara anggota yang mewakili 65 peratus populasi EU.

Apabila isu paksaan dibangkitkan, Suruhanjaya Eropah mempunyai tempoh empat bulan untuk menilai kes tersebut.

Selepas itu, negara anggota akan membuat keputusan melalui undian majoriti layak.

Jika diluluskan, rundingan dengan negara yang dituduh melakukan paksaan akan dimulakan.

Sekiranya rundingan gagal, EU boleh melaksanakan pelbagai langkah balas yang melangkaui tarif, termasuk sekatan terhadap perkhidmatan, pelaburan, perolehan awam dan perlindungan hak harta intelek.

Namun, aebarang tindakan mestilah berkadar dan tidak melebihi tahap kemudaratan yang dialami EU.

Sumber: AFP, EuroNews, DWNews

BACA: Venezuela Tangga Teratas, Ini 5 Negara Pemegang Rizab Minyak Terbesar Dunia