Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

10 Jenama Kereta Paling Banyak Dibeli Rakyat Malaysia 2025

Iqbal Yasir
Gambar: Bernama

10 Jenama Kereta Paling Banyak Dibeli Rakyat Malaysia 2025

Setiap daripada kita sudah tentunya mempunyai jenama kereta idaman yang diminati khususnya golongan lelaki.

Lebih-lebih lagi, setiap jenama pengeluar kenderaan mempunyai keistimewaan yang tidak ditawarkan oleh mana-mana jenama pengeluar automotif lain.

Ada yang menawarkan reka bentuk yang berkonsepkan futuristik, elegen, fungsi enjin yang lebih efisien, penjimatan bahan bakar dan hibrid.

Oleh itu, setiap jenama ini mempunyai ciri-ciri yang tersendiri dalam menonjolkan identitinya.

Tetapi, pernah tak anda terfikir jenama kereta apa yang paling banyak dipakai oleh rakyat di Malaysia ini?

Sehubungan itu, SK kongsikan senarai jenama kenderaan paling banyak dibeli oleh rakyat Malaysia di bawah.

10 Jenama Kereta Paling Diminati Rakyat Malaysia 2025

Menerusi data yang dikongsikan laman web data.gov.my setakat 30 November 2025, memaparkan 10 jenama kereta yang paling banyak dibeli oleh rakyat Malaysia.

Perodua muncul sebagai jenama kereta paling banyak dibeli oleh rakyat Malaysia dengan 322,867 unit, diikuti jenama nasional Proton di tempat kedua dengan jualan 138,070 unit.

Sementara itu, Toyota pula berada di tempat ketiga dengan jualan 112,903 unit kenderaan. Manakala jenama kereta kegemaran golongan muda, Honda di kedudukan keempat dengan 64,730 unit kereta.

Di tangga kelima merupakan jenama automotif dari China, Chery dengan rekod jualan 28,010 unit selain Mitsubishi dengan 12,557 kenderaan terjual pada tahun ini.

Beralih ke carta ketujuh pula dihuni juga jenama dari China, BYD dengan hasil jualan sebanyak 11,870 unit.

Seterusnya, Mazda juga berjaya menambat hati rakyat di negara ini dengan 8,508 unit kereta terjual.

Bagi tempat kesembilan dan kesepuluh masing-masing dipegang oleh Mercedes Benz (8,195 unit) dan BMW (6,923 unit).

Gambar: Data.gov.my

Sumber: Mydata.gov.my

BACA: Senarai Dashcam Terbaik Tahun 2025 – MIROS

BACA: Ini 5 Pemain Bola Sepak Paling Kaya, Nombor 1 Ramai Terkejut