Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 10 negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Perak, Kelantan, Terengganu, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan WP Kuala Lumpur.
"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Pokok Sena, Padang Terap, Pendang, Sik dan Baling. Manakala di Perak pula melibatkan Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
"Selain itu, di Kelantan pula termasuk Kota Bharu, Bachok, Machang dan Pasir Puteh. Bagi Terengganu, beberapa daerah dijangka hujan Kuala Nerus, Hulu Terengganu, Kuala Terengganu, Marang dan Dungun.
"Sementara di Pahang pula termasuk Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub, Bentong, Temerloh dan Bera.
"Di Selangor, beberapa lokasi dijangka hujan seperti Hulu Selangor, Gombak, Petaling dan Hulu Langat. Di Negeri Sembilan, hanya dua daerah diramal hujan iaitu Jelebu dan Jempol.
"Di Johor pula melibatkan kawasan Segamat, Kluang dan Mersing.
"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Betong, Sarikei (Pakan, Sarikei dan Meradong), Sibu (Sibu) dan Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu).
"Sementara di Sabah melibatkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat dan Kudat," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.