Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Hujan lebat dan ribut petir dijangka akan berlaku di kebanyakan negeri sehingga jam 7 malam ini.
Dalam kenyataan yang dikeluarkan oleh Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia), hujan lebat dan ribut petir akan akan melanda seluruh kawasan Perlis, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur dan Wilayah Persekutuan Labuan.
Seterusnya, untuk negeri Kedah, kawasan terjejas ialah Kubang Pasu, Padang Terap, Pendang, Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu.
Bagi Pulau Pinang pula, amaran dikeluarkan di kawasan Seberang Perai Utara, Seberang Perai Tengah dan Seberang Perai Selatan.
Beralih ke negeri Perak, hujan lebat dijangka berlaku di Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Batang Padang dan Muallim.
Bagi negeri Terengganu, amaran dikeluarkan bagi daerah Hulu Terengganu, Dungun dan Kemaman.
Seterusnya, hujan lebat juga dijangka berlaku di negeri Pahang merangkumi kawasan Tanah Tinggi Cameron, Raub, Jerantut, Bentong, Kuantan, Pekan dan Rompin.
Amaran turut dikeluarkan di negeri Selangor melibatkan Kuala Selangor, Hulu Selangor, Klang, Gombak, Petaling dan Hulu Langat.
Untuk Negeri Sembilan, kawasan yang dijangka berlaku hujan lebat ialah Jelebu, Kuala Pilah dan Jempol) • Johor (Kluang, Mersing dan Kota Tinggi).
Untuk Sabah pula, kawasan terlibat ialah Pedalaman (Sipitang, Tenom, Kuala Penyu, Beaufort, Keningau dan Tambunan), Pantai Barat, Tawau dan Kudat.
Akhir sekali, bagi negeri Sarawak, kawasan terjejas ialah Kuching (Bau dan Kuching), Serian, Samarahan, Sri Aman (Lubok Antu), Sarikei (Julau dan Meradong), Sibu, Mukah (Daro, Matu, Dalat dan Mukah), Kapit (Song), Bintulu, Miri dan Limbang.

Ujar MetMalaysia lagi, amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.
"Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran," kata MetMalaysia.