Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

100,000 Temu Janji Vaksinasi AstraZeneca Dibuat Dalam Tempoh 1 Jam, Hanya Berbaki 160,000 Lagi – Khairy

Permohonan temu janji vaksinasi AstraZeneca baru saja dibuka pada jam 12 tengah hari tadi. Difahamkan kira-kira 260,000 dos vaksin yang tersedia bagi peringkat ini.

Menteri Sains, Teknologi dan Inovasi Khairy Jamaluddin menerusi ciapan di Twitter memaklumkan, kira-kira 100,000 temu janji sudah berjaya dimohon oleh pendaftar sejak permohonan dibuka sejam yang lalu.

Ini bermakna baki temujanji yang masih ada hanya sekitar 160,000 sahaja lagi. Oleh itu, sama-samalah kita membuat permohonan temu janji vaksinasi dalam kadar segera.

Jangan lupa untuk ke laman sesawang www.vaksincovid.gov.my untuk permohonan. Moga ada rezeki untuk kita.

Sumber: Twitter