Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Seramai 147 calon telah hadir Sesi Temu Duga Fizikal Pemilihan Warden Luar Sepenuh Masa MRSM pada 15 dan 16 Jun lalu.
Pengerusi Majlis Amanah Rakyat (MARA), Datuk Dr Asyraf Wajdi Dusuki memaklumkan bahawa temu duga yang berlangsung di Inkubator Teknologi Makanan MARA Kepong berjalan dengan lancar.
"Secara keseluruhannya, 147 calon hadir menjalani temu duga fizikal selepas berjaya melepasi dua fasa saringan secara atas talian.
"Kesemua calon perlu melalui tiga komponen penilaian iaitu Ujian Pemeriksaan BMI, Ujian Bleep Test dan Temu Duga Bersemuka bagi menentukan merit serta kelayakan mereka untuk dilantik sebagai Warden Luar Sepenuh Masa MRSM yang akan memulakan tugas pada 1 Julai 2026," katanya.


Asyraf berkata warden MRSM bukan sekadar menjaga disiplin dan keselamatan pelajar, tetapi mereka juga perlu memahami dan menghayati Falsafah Pendidikan MARA.
Menurutnya, ia untuk melahirkan generasi ulul albab yang bukan sahaja cemerlang akademik tetapi turut memiliki sahsiah terpuji, akhlak yang baik, integriti yang tinggi serta tinggi ilmu ukhrawi yang bermanfaat.


"Warden adalah ibu dan ayah kedua kepada anak-anak MRSM yang berperanan sebagai pembimbing, pendidik dan murabbi dalam membentuk generasi pewaris negara yang cemerlang dunia dan akhirat.
"Semoga dengan usaha ini dapat terus membendung budaya buli, salah laku disiplin dan gejala sosial serta membentuk persekitaran MRSM yang lebih selamat, kondusif dan subur dengan ‘biah solehah’ yang menekankan nilai adab, hormat-menghormati, kasih sayang, ukhuwwah serta budaya menuntut ilmu," katanya.