Utama

Trivia

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

Trivia

Sukan

Berita

Berita

Berita

Berita

15 Pekerjaan Paling Laku Menjelang 2030
Saban tahun, para graduan dimomokkan dengan keadaan pengangguran yang tidak pernah reda. Biarpun ramai yang berusaha mendapatkan pekerjaan ‘sementara’, namun ia tidak dapat membantu golongan muda ini meningkatkan taraf hidup. Apa lagi mempunyai simpanan yang cukup untuk hari tua.
Namun, itu tidak bermakna perkara ini terhenti setakat itu. Pelbagai usaha sedang giat dijalankan sama ada daripada pihak kerajaan, institusi dalam dan luar negara. Hal ini berikutan peredaran zaman yang sentiasa memerlukan kita bergerak selari dengan perubahan dan kemunculan teknologi baru saban hari.
Satu kaji selidik telah dijalankan oleh World Economic Forum (WEF) yang melibatkan 1,000 syarikat seluruh dunia merangkumi 22 kluster industri. Kaji selidik ini mendedahkan satu senarai pekerjaan paling laku di pasaran pekerjaan menjelang 2030.
15 pekerjaan paling laku mengikut susunan menaik bermula dengan jurutera tenaga boleh dibaharui di tangga ke-15. Ia diikuti dengan jurutera DevOps, penganalisis keselamatan maklumat dan jurutera alam sekitar masing-masing di tangga ke-14, ke-13 dan ke-12. Di tangga ke-11, saintis dan penganalisis data dijangka mendapat permintaan yang tinggi diikuti pakar internet kebendaan (IoT) di tangga ke-10.
Jika anda lihat, tiga daripada lima pekerjaan tersebut melibatkan mereka yang mahir pengetahuan IT.
Tanpa disangka, anda yang mempunyai lesen memandu dapat mengekalkan kesinambungan hidup dengan pekerjaan di tangga kesembilan iaitu pemandu trak ringan atau sebagai penghantar barang.
Di tangga kelapan, pereka UI dan UX masih relevan dan diperlukan sehingga 2030 kelak. Ia diikuti pakar kenderaan elektrik dan autonomi di tangga ketujuh. Memandangkan Malaysia juga sedang menuju ke arah penggunaan kenderaan elektrik, mungkin anda mahu memanfaatkan peluang ini.
Seterusnya, pakar pengurusan keselamatan turut bakal menjadi tumpuan dan permintaan menurut kaji selidik tersebut. Pekerjaan yang berada di tangga kelima ini pasti menjadi rebutan berikutan semakin ramai scammers di luar sana yang mengambil kesempatan terhadap perkembangan teknologi semasa.
Di tangga keempat, pembangun aplikasi dan perisian dijangka mendapat permintaan yang amat tinggi. Lihat sahaja keadaan semasa, semakin banyak aplikasi dan perisian baru yang dihasilkan, terutamanya bagi membantu sesuatu perniagaan itu berjalan lancar. Bukan itu sahaja, kerajaan kita sendiri semakin mengejar keperluan menggunakan aplikasi berbanding penggunaan bahan cetak.
Dengan tumpuan seluruh dunia terhadap pembangunan kecerdasan buatan (AI), pakar pembelajaran mesin dan AI semakin mendapat permintaan. Justeru, tidak hairan jika ia berada di tempat ketiga. Ini tidak hanya membuka peluang kepada graduan statistik, matematik, sains komputer dan pengaturcaraan sahaja. Malah, graduan jurusan bahasa asing turut berpeluang menjana pendapatan sebagai pakar bidang ini.
Di tangga kedua, jurutera teknologi kewangan merupakan pekerjaan yang dijangka bakal menerima paling banyak tawaran pekerjaan kelak. Tidak dapat dinafikan, kemahiran dan pengetahuan mereka amat penting bagi institusi kewangan dan perbankan di serata dunia menjamin keselamatan penggunaan aplikasi perbankan mereka.
Antara kesemua bidang pekerjaan, kaji selidik tersebut mendapati pakar data raya (big data specialist) merupakan pekerjaan yang paling tinggi permintaan menjelang 2030. Mereka ini tidak hanya mahir dalam mengumpulkan data, malah mereka juga mempunyai kemahiran memproses data mentah dan hasilkan satu lembaran maklumat dalam format yang tersusun dan berstruktur agar lebih mudah dianalisis.
Mereka juga antara individu yang perlu memastikan sistem penyimpanan data cekap dan selamat selain mengenal pasti pola, tren atau apa-apa hubungan yang ada dalam data. Malah, sebagai pakar data raya, mereka mesti mampu menilai dan memperkenalkan teknologi baharu dalam meningkatkan pengendalian data yang besar.
Jadi bagi anda yang masih berkira-kira untuk menentukan masa depan, belum terlambat untuk tambah pengetahuan. Gunakan masa, ruang dan peluang untuk pelajari kemahiran salah satu daripada 15 pekerjaan yang tersenarai ini.
Selain senarai pekerjaan yang paling mendapat tempat menjelang 2030 nanti, WEF turut menyenaraikan pekerjaan yang bakal mengalami kemerosotan.

Antaranya adalah kerani perkhidmatan pos, juruwang bank dan kerani yang berkaitan dan pereka grafik.
BACA: Pemalu, Lebih Gemar Bersendiri? Ini Kerja Yang Sesuai Untuk Introvert
Sumber: World Economic Forum