Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

2 Kali Ditenggelami Banjir, Lelaki Kongsi Peti Sejuk Jenis Ni Dibeli Pada 1988 Masih Berfungsi Hingga Hari Ini

Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Bencana banjir yang menimpa sebahagian rakyat Malaysia baru-baru ini banyak meninggalkan kesan pada mereka.

Lebih-lebih lagi bagi mereka yang rumahnya tenggelam secara keseluruhan dan tidak sempat untuk menyelamatkan barang-barang penting.

Demikianlah nasib sama yang menimpa keluarga Safri Daud apabila rumahnya turut ditenggalami air banjir tempoh hari.

Menariknya, berdasarkan perkongsiannya di Tukang Apa Hari Ini (TAHi) baru-baru ini, salah satu peralatan elektrik miliknya yang masih kekal ‘elok’ berfungsi ialah peti sejuk berjenama National.

Difahamkan, peti sejuk tersebut dibeli oleh arwah ayahnya pada kira-kira 34 tahun yang lalu dan apa yang menakjubkan, ia masih berfungsi hingga hari ini walaupun pernah ditenggalami banjir sebanyak dua kali!

Gambar: SafriDaud Al-Bentongi
Gambar: SafriDaud Al-Bentongi

“Peti sejuk satu pintu dari jenama National dibeli oleh arwah ayah sekitar tahun 1988/89. Tenggelam di dalam banjir sebanyak dua kali, kali pertama sekitar tahun 2000, yang terkini pada bulan 12 tahun lepas.

“Alhamdulillah, setelah digodek-godek, ditembak dengan water jet, dibersihkan segala contact-contact yang ada, akhirnya berfungsi seperti sediakala.

“Peti sejuk ini masih kekal berkhidmat walaupun ada peti sejuk lain telah dibeli sesuai dengan peredaran zaman. 1988/89 – 2022 and still counting!,” tulisnya dalam perkongsian tersebut.

Gambar: SafriDaud Al-Bentongi
Gambar: SafriDaud Al-Bentongi
Gambar: SafriDaud Al-Bentongi

Sumber: Safri Daud Al Bentongi via Tukang Apa Hari Ini