Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

2026 Makin Keras, Nak Sedekah Pun Berkira-kira Duit, Tapi Ada Keadaan Lain Lagi Parah

BERKIRA NAK SEDEKAH
Gambar hiasan

2026 Makin Keras, Nak Sedekah Pun Berkira-kira Duit, Tapi Ada Keadaan Lain Lagi Parah

Dah empat bulan dalam tahun 2026, ada yang berpendapat tahun ini sangat mencabar dan keras.

Paling mencabar dari segi kewangan, dengan keadaan ekonomi masing-masing yang tidak menentu. Tambah pula tempoh buka sekolah, bulan puasa dan raya dalam sela masa yang dekat.

Segalanya terasa seperti terkumpul dalam satu masa.

Bila kata mencabar tu, nak sedekah pun ada yang masih berkira-kira duit. Yelah, duit yang ada dah target nak beli barang keperluan.

Nak tahu, sebenarnya banyak cara boleh buat untuk bersedekah, bukan semata-mata dengan pemberian wang.

Gambar hiasan

Kita tahu, sedekah ni salah satu amal jariah yang pahalanya sentiasa mengalir walaupun kita dah lama meninggal dunia.

Dengar huraian ustaz tentang ganjaran dan kelebihan bersedekah pun kita dah terasa rugi kalau terlepas nak buat.

Mereka yang catu belanja sebenarnya bukan kedekut, tapi sebab gaji cukup-cukup makan.

Gaji Cukup Makan Bukan Penghalang

Bagi pembaca yang termasuk dalam golongan ni, min faham sangat rasa ralat yang timbul bila teringin nak bersedekah, salurkan bantuan macam orang lain sedangkan diri sendiri pun kadang sesak.

Datang pula musim beraya, tak dapat hulur duit raya buat anak-anak saudara pun boleh koyak.

Gambar hiasan

Macam mana kalau min kongsi dengan korang, sebenarnya masih ada jalan untuk korang bersedekah?

Selain bersedekah dengan senyuman atau bacakan doa-doa yang baik buat seseorang, ada satu lagi jalan mudah yang min pun baru dapat tahu.

Rupa-rupanya, dengan cara beli barang keperluan keluarga sendiri, korang dah dapat bersedekah secara automatik.

Bukan plot twist tapi ini inisiatif Mydin supaya korang pun ada peluang untuk beramal.

Inisiatif Mydin Prihatin

Bermula bulan Februari, Mydin dah lancarkan satu kempen, Mydin Prihatin.

Konsep dia, bila korang beli produk barangan asas dan keperluan dekat Mydin, sebahagian kecil bayaran tu akan menjadi infaq kepada mereka yang memerlukan.

Contoh korang beli sepeket susu tepung untuk anak, 10 sen daripada bayaran korang tu akan masuk ke tabung MYDIN Prihatin.

Sebelum korang serbu Mydin, ni satu benda yang min nak pesan.

Pastikan korang beli produk yang ada dalam senarai ni je, baru sebahagian bayaran korang untuk produk tu masuk ke dalam tabung MYDIN Prihatin.

Dari situ, Mydin akan kumpul sebanyak mungkin sumbangan dari pembeli sehingga tarikh kempen tamat hujung bulan April ni.

Tutup je kempen, semua sumbangan tu akan disalurkan kepada rumah kebajikan.

Jangan risau, Mydin pilih rumah kebajikan yang memang berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Malaysia.

Kalau korang perasan, produk yang ada dalam senarai tu sebenarnya boleh juga dijadikan sumbangan peribadi kita secara berasingan.

Ada rezeki lebih, hulur sebungkus dua dekat jiran tetangga, atau golongan asnaf di kawasan perumahan yang kita kenal.

Amalan berlipat kali ganda sekali harung, bak serampang dua mata.

Ukirkan Senyuman Syawal Di Wajah Mereka

Biarpun Ramadan dah berakhir, tapi itu tidak bermakna tertutupnya pintu untuk melipat gandakan amalan kita.

Masih belum terlambat untuk kita meriahkan Syawal golongan yang memerlukan.

Jika sumbangan kita disalurkan melalui badan yang sah dan dipercayai, sudah pasti sumbangan akan sampai kepada mereka yang berhak.

Hulurkan sumbangan, ukirkan senyuman.