Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

22 Peratus Keluar Mengundi Di Terengganu Setakat 10 Pagi, Kedah Dan P.Pinang 20 Peratus
PUTRAJAYA, 12 Ogos (Bernama) — Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Negeri (PRN) setakat 10 pagi di Terengganu merekodkan 22 peratus manakala Kedah dan Pulau Pinang masing-masing 20 peratus, demikian menurut Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).
Selangor pula mencatatkan 19 peratus, Negeri Sembilan 18 peratus dan 17 peratus di Kelantan.
Peratusan keluar mengundi bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Parlimen Kuala Terengganu setakat 10 pagi pula adalah 19 peratus.
Sebanyak 3,190 pusat pengundian mengandungi 17,048 tempat mengundi atau saluran sempena PRN di enam negeri dibuka bermula 8 pagi tadi.
Turut dibuka ialah 41 pusat mengundi membabitkan 217 tempat mengundi atau saluran sempena PRK Parlimen Kuala Terengganu yang diadakan serentak.
PRN itu melibatkan 40 kerusi Dewan Undangan Negeri di Pulau Pinang, Selangor (56), Negeri Sembilan (36), Kedah (36), Terengganu (32) dan 45 di Kelantan.
PRK Parlimen Kuala Terengganu pula diadakan susulan keputusan Mahkamah Pilihan Raya Terengganu pada 27 Jun lepas yang membatalkan kemenangan calon PAS Datuk Ahmad Amzad Hashim pada Pilihan Raya Umum ke-15 selepas mendapati berlaku perbuatan rasuah.
BACA: Dr Zulkifli Kongsi Panduan Ringkas Nak Pilih Calon Terbaik Masa Mengundi Pilihan Raya
Sumber: Bernama