Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

237 Pengembara Pulang Ke Malaysia Didapati Positif COVID-19 Sejak Perintah Wajib Kuarantin Diperkenalkan Semula- KKM

pengembara covid-19
Kredit: Bernama

Putrajaya, 9 Sept- Seramai 237 pengembara yang pulang ke Malaysia sejak perintah wajib kuarantin diperkenalkan semula 24 Julai lalu disahkan positif COVID-19, lapor Kementerian Kesihatan (KKM).

Iklan

Dalam satu kemaskini, KKM mengesahkan kebanyakan daripada mereka baru pulang dari India, Filipina, Indonesia dan Yaman.

“Seramai 237 pengembara yang pulang ke Malaysia didapati positif COVID-19 sejak perintah wajib kuarantin diperkenalkan semula bermula 24 Julai.

“Sebahagian besar mereka ini tiba dari India, Filipina, Indonesia dan Yaman. 216 atau 91% mereka ini tidak bergejala,” lapor KKM.

Susulan itu, kemasukan Pemegang Pas Jangka Masa Panjang tidak lagi dibenarkan bagi negara yang mempunyai lebih 150,000 kes COVID-19.

“Sekatan ini bagaimanapun tidak melibatkan rakyat Malaysia.

“Senarai negara terlibat akan dikemas kini dari semasa ke semasa,” tulis KKM.

Sumber: KKM