Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

29 Kampung Dilapor 'Hilang' Akibat Banjir Di Sumatera, Aceh Paling Terjejas

Athirah
29 Kampung 'Hilang'
Kredit: CNN Indonesia

29 Kampung Dilapor 'Hilang' Akibat Banjir Di Sumatera, Aceh Paling Terjejas

Ketua Pasukan Petugas Pemulihan Pasca Bencana Sumatera, Tito Karnavian memaklumkan sebanyak 29 kampung dilaporkan hilang akibat banjir dan tanah runtuh yang melanda Sumatera pada penghujung November 2025.

Menurut laporan CNN Indonesia, angka itu belum termasuk beberapa pejabat kampung yang masih tidak beroperasi akibat kejadian banjir.

"Isu kehilangan ini juga memerlukan tindakan penyelesaian

"Terdapat 29 kampung yang hilang sama ada akibat tanah runtuh atau ditenggelami banjir," kata beliau lagi.

Paling banyak direkodkan di Aceh

Tito menjelaskan bahawa jumlah kampung yang hilang paling banyak direkodkan di Aceh iaitu sebanyak 21 buah, termasuk di Aceh Tamiang, Nagan Raya, Aceh Tengah dan Gayo Lues.

CNN Indonesia melaporkan jumlah baki kampung yang hilang berada di Sumatera Utara, sebanyak lapan buah di dua daerah iaitu Tapanuli Selatan dan Tapanuli Tengah.

Sementara itu, kerajaan memastikan tiada kampung yang hilang di Sumatera Barat.

Menurut Tito, puluhan kampung yang hilang itu memerlukan tindakan segera kerana ia memberi impak terhadap proses pentadbiran

“Isu ini perlu diselesaikan segera, termasuk melalui relokasi dan pengurusan pentadbiran

"Bagi kampung yang hilang, keputusan perlu dibuat sama ada ia akan dibina semula atau dipadamkan daripada rekod pentadbiran," ujarnya lagi.