Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Bila berada jauh di perantauan, bertemu dengan rakyat Malaysia di negara orang pastinya boleh membuatkan hati terasa lebih dekat dengan tanah air.
Itulah yang dialami pengguna Threads, @craft_by_nurul atau Nurul, ketika bekerja di sebuah kedai runcit di Australia.
Menerusi satu hantaran di Threads, Nurul berkongsi pengalamannya terserempak dengan seorang warga Malaysia ketika sedang bekerja di sana.
Menurutnya, dia menyangka lelaki yang sering datang ke kedai runcit tempatnya bekerja itu merupakan warganegara Filipina.
"Tiap minggu dia datang, saya layan dia tapi kami berdua tak pernah menyembang. Dia ingat saya orang Filipina, saya ingat dia orang Filipina.
"Hari ni saya tanya dia terus terkeluar cakap Melayu. Dia orang Pahang, dah lama saya terdetik nak tanya tapi dia pemalu," katanya di ruangan kapsyen.
Sementara itu, menerusi video yang dimuat naik, Nurul menjelaskan sebelum ini dia terdengar lelaki berkenaan bercakap dalam bahasa Melayu.
Susulan itu, dia merancang mahu bertanyakan perkara tersebut sekiranga lelaki itu datang lagi ke kedai runcit tempatnya bekerja.
"Ni pelanggan saya, punya lama tak pernah menyembang sebab akak dengar adik cakap haritu, pelat kan.
"Eh, rasanya ni orang Malaysia. Takpelah nanti dia datang aku nak tanya," ujarnya.
Teruja dengan perkenalan itu, Nurul yang berasal dari Perak terus bercakap menggunakan loghat negeri tersebut.
Namun, baru sahaja berkenalan, lelaki itu memaklumkan bahawa hari Nurul menegurnya merupakan hari terakhir dia bekerja di kawasan berkenaan.
"Harini hari terakhir la? Takde dah datang? Lagi tiga bulan tak mau datang? Hei haritu tak bertanya, tak menyembang, udoh dah nak balik.
"Duduk Sunshine kan? Nanti bila-bila datang lagi," katanya.
Walaupun begitu, lelaki tersebut memberitahu dia akan kembali ke kawasan itu dalam masa tiga bulan lagi.
Nurul turut menjelaskan bahawa sebelum ini dia lebih banyak berinteraksi dengan warga Filipina. Disebabkan itu, dia pada mulanya menyangka lelaki tersebut juga merupakan warganegara Filipina.
"Sini banyak orang Filipina, dulu dah terkena. Teman mati-mati ingat orang tu orang Malaysia. Tu yang serik tak nak tanya dah," jelasnya.
Sementara itu, tindakan Nurul menggunakan loghat Perak turut mencuit hati warga maya. Antaranya, @dazzfathinanuar yang mengakui seronok mendengar Nurul bercakap dengan loghat negeri tersebut.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan