Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Rakyat Malaysia yang ingin menikmati percutian aktif kini berpeluang meneroka Hong Kong apabila Sun Hung Kai Properties Hong Kong Cyclothon yang kembali berlangsung pada 11 Oktober 2026.
Dianjurkan oleh Lembaga Pelancongan Hong Kong (HKTB), acara berbasikal tahunan terbesar di bandar ini mengajak peminat sukan berbasikal dan pengayuh santai menyusuri jambatan, terowong serta landskap bandar ikonik Hong Kong. Pendaftaran dibuka pada 20 Ogos, bermula jam 10.00 pagi, memberi peluang kepada pengunjung menyertai acara berbasikal ikonik ini sambil meneroka kepelbagaian budaya serta tarikan luar Hong Kong.

Bermula di West Kowloon Cultural District, Hong Kong Cyclothon tahun ini menampilkan dua kategori kayuhan santai tanpa pertandingan yang disesuaikan untuk peserta dengan tahap keupayaan berbeza. Peserta boleh memilih Kayuhan 56 km yang memperkenalkan laluan baharu atau Kayuhan 32 km yang lebih singkat namun tetap menawarkan pengalaman yang sama memuaskan.
Kedua-dua laluan ini membawa peserta merentasi beberapa mercu tanda ikonik Hong Kong sambil menikmati panorama Victoria Harbour, latar langit Hong Kong yang memukau serta kawasan kejiranan yang unik. Lebih daripada 6,000 peserta dari seluruh dunia dijangka mengambil bahagian dalam acara ini.

Kemeriahan berterusan di luar laluan kayuhan menerusi Cyclothon Carnival di West Kowloon Cultural District, yang menawarkan pelbagai aktiviti sepanjang hari untuk pengunjung, peserta dan keluarga. Menampilkan aktiviti sukan dan hiburan, aktiviti mesra keluarga serta pelbagai pilihan makanan, karnival ini melengkapkan pengalaman acara sambil menonjolkan suasana meriah Hong Kong di luar laluan kayuhan.

Musim luruh merupakan antara waktu terbaik untuk mengunjungi Hong Kong, dengan suhu yang lebih nyaman dan cuaca selesa untuk meneroka pelbagai tarikan luar. Kurang daripada sejam dari pusat bandar, pengunjung boleh meneroka laluan pendakian yang indah, pulau-pulau yang mempesona serta landskap persisiran pantai yang menakjubkan.
Bagi pencinta aktiviti luar, Hong Kong menawarkan pelbagai pengalaman menarik termasuk meneroka laluan popular seperti Dragon's Back, The Victoria Peak Walk dan MacLehose Trail, mengagumi keindahan pesisiran pantai di Hong Kong UNESCO Global Geopark, atau menikmati pelbagai aktiviti air di GO PARK Sai Sha (Aqua).

Pengalaman ini mencerminkan gabungan harmoni antara kehidupan bandar dan alam semula jadi, selaras dengan semangat "Only in Hong Kong".
Untuk maklumat lanjut mengenai Sun Hung Kai Properties Hong Kong Cyclothon, termasuk butiran pendaftaran, sila layari https://www.discoverhongkong.com/eng/events/cyclothon.html. Untuk meneroka pelbagai aktiviti luar di Hong Kong serta merancang pengembaraan anda yang seterusnya, sila layari https://www.discoverhongkong.com/eng/outdoors.html.
Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan