KUALA LUMPUR, 20 Okt (Bernama) -- Sebanyak 30 kawasan di seluruh negara mencatatkan bacaan Indeks Pencemar Udara (IPU) pada tahap tidak sihat setakat 9 pagi ini, dengan Batu Muda di Kuala Lumpur dan Johan Setia di Selangor merekodkan bacaan tertinggi, masing-masing 172.
Menurut portal Sistem Pengurusan Indeks Pencemar Udara Malaysia (APIMS) Jabatan Alam Sekitar (JAS), di selangor, Petaling Jaya dan shah Alam masing-masing mencatatkan bacaan IPU 167, diikuti Klang (164) dan Banting (160)
Di Kuala Lumpur, selain Batu Muda, Cheras turut mencatatkan kualiti udara tidak sihat iaitu 165, manakala Putrajaya (162).
Johor merekodkan tujuh kawasan dengan bacaan tidak sihat, iaitu Larkin (157), Pasir Gudang (156), Kota Tinggi (153), Kluang (152) Pengerang (151), Batu Pahat (143) dan Tangkak (142)
Di Negeri Sembilan, Nilai mencatatkan bacaan (166), Seremban (160) dan Port Dickson (151) manakala di Melaka, kawasan Bukit Rambai merekodkan bacaan 163 diikuti Alor Gajah (155) dan Bandaraya Melaka (153).
Bagi Pahang, Rompin mencatatkan bacaan PU 152, Balok Baru, Kuantan (151), Jerantut (136), Indera Mahkota (115) dan Temerloh (104).
Di Perak, Tasik lpoh merekodkan bacaan 155 dan Pegoh Ipoh (151), manakala di Terengganu, Paka mencatatkan bacaan 156 dan Kemaman 101).
Sebanyak 31 kawasan mencatatkan bacaan IPU pada tahap sederhana manakala tujuh kawasan merekodkan bacaan pada tahap baik.
Bacaan IPU antara sifar hingga 50 menunjukkan kualiti udara baik, 51 hingga 100 sederhana, 101 hingga 200 tidak sihat, 201 hingga 300 sangat tidak sihat manakala bacaan melebihi 300 berada pada tahap berbahaya.

