Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
lima 2023
(Kredit: Global Aviation Resource)

30 Negara Bakal Bawa Aset Pertahanan ‘Gegar’ Laut & Udara Malaysia, LIMA 2023 Akan Tiba Mei Ini

Amira

Sebanyak 30 buah negara dijangka akan menyertai Langkawi International Maritime and Aerospace Exhibition 2023 (LIMA) yang bakal diadakan pada 23 hingga 27 Mei ini di Langkawi. Kali terakhir diadakan pada 2019, acara ini bakal menerima kunjungan lebih 600 pempamer sekaligus menjadikannya sebagai acara LIMA terbesar sejak kali pertama diadakan pada 1991.

Menurut Menteri Pertahanan, Datuk Seri Mohamad Hasan, sebanyak 360 daripada 600 pempamer terlibat merupakan daripada industri pertahanan manakala sejumlah RM7 hingga RM8 billion kontrak perolehan serta kerjasama industri pertahanan dijangka dapat diperoleh hasil pameran kali ini.

“Kita jangkakan lebih banyak lagi perjanjian-perjanjian persefahaman yang akan dimeterai antara negara dan syarikat,” ujarnya semasa sidang media perasmian LIMA 2023 pada Isnin lalu.

Tambahnya, selepas empat tahun LIMA tidak dapat dilaksanakan, negara-negara di rantau Asia Pasifik kini sedang meneliti dan menilai perancangan membeli aset masing-masing.

Sebagai tempat pertukaran pandangan dan jalinan kerjasama teknologi antara pemain industri pertahanan, LIMA 2023 membawa tema Titik Perhubungan Perdagangan Maritim dan Aeroangkasa Asia (The Nexus of Asia’s Maritime and Aerospace Trade).

Sebanyak 20 pavilion negara bakal didirikan pada acara kali ini antaranya daripada China, Perancis, Jerman, India, Indonesia, Arab Saudi, Korea Selatan, Turkiye, Amerika Syarikat, United Kingdom dan Emiriyah Arab Bersatu (UAE).

“Dalam dunia yang kian berubah, ancaman kepada negara, kawasan dan keselamatan global menjadi lebih kompleks. Tiada negara yang dapat menghadapi semua cabaran ini sendirian,” ujarnya.

Seramai lebih 400 pengunjung kenamaan termasuk Menteri Pertahanan, Menteri Pengangkutan, Pegawai Kerajaan dan ketua perkhidmatan tentera dari 59 buah negara dijangka hadir dalam pameran berkenaan.

Sebanyak 110 buah kapal terbang dan 110 kapal maritim yang terdiri daripada aset ketenteraan dan komersial dijangka bakal ditayangkan sepanjang LIMA 2023.

Anggaran 45,000 pengunjung dari luar negara dan 238,000 pelawat tempatan bakal menghadiri acara terbesar tersebut.

lima 2023

Majlis pelancaran LIMA 2023 turut disempurnakan oleh Menteri Pengangkutan, Loke Siew Fook dan Pengerusi Alpine Integrated Solution, Tan Sri Mohd Khairul Adib di Pusat Pameran dan Perdagangan Antarabangsa Malaysia (MITEC) pada Isnin.

Untuk maklumat lanjut dan tempahan tiket, ikuti Facebook rasmi LIMA 2023 atau klik laman web di sini.

Imbas kembali, LIMA telah mengetengahkan keupayaan 105 aset aeroangkasa dan 104 maritim pada penganjuran 2019 yang lalu.

Mari kita saksikan kehebatan juruterbang jet pejuang negara kita mengendalikan pesawat tersebut pada acara lalu.

Ni pulak video juruterbang TUDM beraksi masa terbangkan jet pejuang Sukhoi Su-30MKM 12 di Singapore Airshow 2018 yang lepas. Berdebar min tengok pilot buat Cobra Manuever dan pusing-pusing lagi pesawat tu. Memang hebat skil pilot TUDM kita. Bukan calang-calang orang boleh tahan tekanan G-force yang tinggi sambil kendalikan jet pejuang yang laju, siap buat formasi yang susah lagi.

Kalau korang nak tengok lagi jet-jet ni beraksi, jom ke LIMA 2023 di Langkawi. Follow rapat Facebook rasmi LIMA 2023 supaya tak ketinggalan.