Terkini

Berita
Waspada, Hujan Lebat Dijangka Landa Tiga Negeri Hingga Awal Pagi
Gaya hidup
Risau Anak Tak Tahu, Bapa Siap Tulis Nama Komponen Kereta
Berita
Pelajar Tahfiz Dibenar Pimpin Solat Tarawih Selain Imam Tempatan - Exco Johor
Trivia
Ramai Tak Tahu, Ini 4 Cara Pilih Limau Lokam
Sukan
Sultan Selangor Titah Penyokong Bola Sepak Jaga Disiplin, Maruah Pasukan
Berita
Hujan Lebat Dijangka Landa Kebanyakan Kawasan Petang Ini
Kesihatan
Nampak Sihat Tapi Masih Berisiko, Ini Sebab Kenapa Rawatan Tibi Ambil Masa Enam Bulan
Trivia
Tidak Murung Tapi Rasa 'Kosong', Kenali Fenomena Languishing
AEON Festive Preview 2026: Permulaan Sebuah Perayaan
Berita
Krisis Bersatu: Bahagian Lembah Pantai, Larut Umum Bubar Serta-merta
Berita
Trafik Perlahan Di Beberapa Lebuh Raya Susulan Hari Terakhir Diskaun Tol
Sedia Menunggang Dengan Bergaya: LS2 Malaysia Memperkenalkan Lima Kelengkapan Penunggang Baharu
Berita
Arab Saudi Tetapkan Bayaran Dam Sebagai Pra-Syarat Visa Haji 2026
Berita
Dilapor Hilang, Hospital Pasir Gudang Umum Dua Nombor Siri Sijil Cuti Sakit Tidak Sah
Berita
503 Kes Baharu Tibi Sehingga Minggu Epidemiologi Kelima 2026
Selera
Menu Sesuai Untuk Moreh, Cuba Resipi "Chocolate Beignets Dough"
Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
penumpang roller coaster
Gambar: X (Twitter)

Cemas, 32 Penumpang Tergantung Secara Terbalik, Roller Coaster Tiba-tiba Berhenti

Iqbal Yasir

Cemas, 32 Penumpang Tergantung Secara Terbalik, Roller Coaster Tiba-tiba Berhenti

TOKYO — Sebuah roller coaster di sebuah taman tema Universal Studios Jepun (USJ) di Osaka dilaporkan mengalami masalah teknikal sewaktu beroperasi semalam, lapor NHK World.

Menurut pengendali taman USJ, roller coaster Flying Dinosaur berkenaan telah berhenti di salah satu laluan tertinggi permainan itu sekitar jam 11 pagi waktu tempatan.

Ketika kejadian, roller coaster berkenaan dinaiki seramai 32 orang penumpang. Ekoran itu, kesemua penumpang berkenaan terpaksa berdepan detik cemas tergantung secara terbalik pada ketinggian kira-kira 40 meter dari tanah.

Bagaimanapun, pihak pengurusan USJ memaklumkan pihaknya berjaya membawa kesemua penumpang ke tempat selamat menerusi tangga kecemasan.

Roller coaster itu berhenti secara automatik jika pengesan yang dipasang pada laluan mengesan kelainan,” katanya.

Manakala punca sebenar kejadian masih belum diketahui.

Sementara itu, dalam satu klip yang dimuat naik di platform X (Twitter) memaparkan detik-detik penumpang tergantung di udara selepas ia berhenti secara tiba-tiba, petik portal Mothership.

Menurut laman web rasmi USJ, permainan itu diilhamkan daripada filem Jurassic Park dengan meniru gerakan sejenis dinosaur terbang bernama Pteranodon.

Permainan itu menawarkan pengalaman berputar pada 360 darjah kepada para penumpangnya.

Dalam pada itu, Kyodo News melaporkan kejadian seperti itu bukanlah kali pertama dilaporkan berlaku. Pada 2018, sebuah roller coaster juga dilaporkan mengalami insiden yang serupa.

BACA JUGA: Roller Coaster Rosak, Lelaki Terlempar Ke Bawah

“Roller Coaster” Rosak, Pengunjung Cemas Tergantung Tiga Jam

Terdahulu, pengunjung sebuah festival di Wisconsin berdepan detik cemas apabila permainan ‘roller coaster’ yang dinaiki mereka tersangkut sebelum tergantung terbalik selama berjam-jam pada Julai lalu, lapor NBCNews.

Difahamkan, permainan roller coaster di Festival Forest County di Crandon itu terpaksa ditutup.

Penutupan itu berlaku selepas pengunjung yang menaiki permainan tersebut tergantung terbalik sekurang-kurangnya tiga jam.

Berdasarkan video yang dikongsi di media sosial, beberapa orang pengunjung dapat dilihat tergantung pada pemainan roller coaster yang terhenti tersebut.

Walau bagaimanapun, kesemua penumpang terselamat dan dibawa ke hospital untuk pemeriksaan lanjut.

Sumber: NHK World, Mothership