Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

321,331 Individu Terima Dos Pertama Vaksin COVID-19 Setakat 15 Mac

Gambar Via Bernama

KUALA LUMPUR, 16 Mac (Bernama) — Seramai 321,331 individu dalam kumpulan fasa pertama Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan telah menerima dos pertama vaksin setakat semalam.

Ketua Pengarah Kesihatan Tan Sri Dr Noor Hisham Abdullah berkata Selangor merekodkan angka pemberian vaksin tertinggi dengan 38,632 individu, diikuti Perak (34,666), Sarawak (32,028) dan Sabah (30,433).

“Di Kuala Lumpur seramai 29,937 individu, Pahang (25,525), Johor (24,749), Kedah (21,171), Pulau Pinang (18,465), Kelantan (15,877) dan Terengganu (14,949).

“Di Negeri Sembilan pula seramai 12,865 individu, Melaka (8,251), Perlis (7,276), Putrajaya (4,165) dan Labuan (2,342),” katanya menerusi infografik yang dimuat naik di akaun Twitter miliknya hari ini.

Program imunisasi yang dilancarkan pada 24 Feb lepas, menyasarkan untuk memberi imunisasi secara percuma kepada penduduk negara ini, baik rakyat tempatan mahupun warga asing.

Sumber: BERNAMA