Utama

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Politik

Berita

Berita

Politik

Politik

Berita

Empat Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini
Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di empat negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 9 malam ini.
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri seperti Perak, Pahang, Sarawak, Sabah dan seluruh WP Labuan diramal hujan.
"Di Perak, daerah yang diramal hujan adalah Larut, Matang Dan Selama, Kuala Kangsar, Manjung, Kinta, Perak Tengah, Kampar, Bagan Datuk, Hilir Perak dan Batang Padang.
"Manakala di Pahang pula hanya di Tanah Tinggi Cameron.
"Beralih ke Sarawak, daerah yang dijangka hujan adalah Sibu (Kanowit dan Selangau), Kapit (Song, Kapit dan Bukit Mabong), Bintulu, Miri (Miri) dan Limbang.
"Bagi Sabah pula melibatkan Pedalaman, Pantai Barat, Tawau (Tawau), Sandakan (Tongod, Telupid dan Beluran) dan Kudat," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.