Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

9 Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga 7 Malam Ini

9 Negeri Diramal Hujan
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di sembilan negeri sehingga jam 7 malam ini.

Menerusi satu kenyataan, MetMalaysia berkata amaran itu melibatkan seluruh negeri Pulau Pinang.

Selain itu, hujan lebat juga diramal di negeri Kedah iaitu di Kulim, Kuala Muda, Bandar Baharu, Baling, Sik, Pendang, Pokok Sena dan Padang Terap.

Manakala di Perak pula menyaksikan cuaca buruk di daerah Hulu Perak, Selama, Kerian, Larut Matang, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Perak Tengah, Batang Padang dan Muallim.

Di Kelantan, daerah Jeli, Tanah Merah, Gua Musang, Pasir Mas, Kuala Krai, Machang dan Pasir Puteh diramal terlibat.

Bagi negeri Terengganu pula, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Setiu, Besut dan Hulu Terengganu dijangka terlibat.

Amaran juga membabitkan Cameron Highlands, Raub dan Lipis di Pahang.

Di Selangor, hanya daerah Hulu Selangor yang terlibat.

Beralih ke Sarawak, hujan lebat dijangka di Serian, Kuching, Sarikei, Sibu (Sibu dan Selangau), Mukah (Matu, Daro, Dalat dan Mukah), Bintulu.

Di Sabah pula, daerah Sabah: Sandakan (Paitan, Telupid, Labuk & Sugut, Kinabatangan dan Tongod), Tawau (Lahad Datu, Kunak, Tawau dan Kalabakan), Pedalaman (Pensiangan, Sipitang dan Tenom) terlibat.

9 Negeri Diramal Hujan

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat di sembilan negeri sehingga 7 malam ini.
  • Seluruh Pulau Pinang terlibat, bersama beberapa daerah di Kedah, Perak dan Kelantan.
  • Amaran turut melibatkan kawasan di Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak dan Sabah.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan