Diet rendah karbohidrat merupakan salah satu kaedah untuk menurunkan berat badan. Pola diet ini membataskan kemasukan karbohidrat dan meningkatkan protein serta lemak dalam tubuh badan seseorang.
Sekadar mengurangkan pengambilan karbohidrat belum pasti dapat membantu dalam menurunkan berat badan yang diimpikan.
Berikut merupakan kesalahan yang sering dilakukan malah meningkatkan lagi berat badan:
Tidak mengawal pengambilan karbohidrat
Untuk mengekalkan diet yang sihat ketika ke arah karbohidrat rendah, adalah penting untuk memastikan anda mendapatkan jumlah yang sihat dari semua makronutrien (protein, lemak, dan karbohidrat).
Kebiasaannya untuk karbohidrat dalam badan sehari adalah lingkungan 100 hingga 150 gram akan tetapi perkara ini bergantung kepada tubuh badan seseorang, selain itu ianya juga bergantung kepada tahap senaman seseorang. Pengiraan ini merupakan aspek penting di mana jumlah kemasukan karbohidrat yang rendah dan sesuai dengan tubuh badan.
Perlu diingatkan di sini bahawa, pengambilan karbohidrat yang terlampau rendah akan menyebabkan kepada masalah lain untuk tubuh badan seseorang.
Terlalu banyak pengambilan protein
Protein merupakan makronutrien yang penting dalam meningkatkan rasa kenyang dan proses pembakaran lemak.
Pada dasarnya, pengambilan protein yang tinggi boleh membawa kepada penurunan berat badan dan pada masa yang sama meningkatkan otot (saiz).
Namun, pengambilan protein yang berlebihan akan membuatkan amino asid dalam badan menjadi glukosa melalui glukoneogenesis.
Takut akan pengambilan lemak
Banyak orang berfikir bahawa antara penyebab utama kenaikan berat badan adalah lemak dan disebabkan itu, mereka akan berhenti mengambil lemak ketika proses menurunkan berat badan.
Lemak membantu meningkatkan rasa kenyang dan memenuhi nutrisi dalam tubuh. Selain itu, lemak juga membantu dalam menjaga kesihatan tubuh badan dan membantu dalam penurunan berat badan.
Namun, terdapat dua lemak iaitu lemak baik dan lemak jahat. Lemak jahat merupakan punca utama kenaikan berat badan itu berlaku sekiranya pengambilan itu pada tahap yang tinggi berbeza dengan lemak baik.
Kurang pengambilan natrium
Natrium atau sodium merupakan salah satu mineral yang diperlukan dalam badan seseorang. Antara kebaikannya ialah berfungsi untuk membantu saraf dan otot, menjaga keseimbangan cairan dalam tubuh dan mempunyai kepengaruhan kepada tekanan dalam badan.
Apabila seseorang itu mempunyai kekurangan natrium dalam badan ianya akan mengakibatkan hiponatremia. Keadaan ini akan membuatkan seseorang itu berasa pening, keletihan, sakit kepala dan sebagainya.
Pengambilan natrium dengan seimbang dapat membantu seseorang dalam setiap segi aspek fungsi yang saling berperanan dalam tubuh badan.
Sumber: KOMPAS.com
