4 Tahun Boleh Tuai Hasil, Ini Cara Tanam Pokok Durian Cepat Berbuah
Memandangkan musim durian kini tiba lagi, tentunya ramai yang berebut untuk mendapatkan ‘Raja Buah’ ini bagi dinikmati seisi keluarga.
Selain itu, ada juga yang ingin menanam pokok durian memandangkan ia semakin mendapat sambutan ramai.
Namun, penanaman pokok durian memerlukan kesabaran tinggi kerana ia memakan tahun untuk mendapatkan hasil.
Oleh itu, kali ini SK akan bawakan tip penanaman pokok durian untuk mendapatkan hasil buah dalam masa hanya empat tahun.
Mari kita sama-sama lihat caranya menerusi hantaran Facebook The Kebun di bawah.
Nak Pohon Durian berbuah umur 4 tahun?
Gambar: The KebunBanyak Soalan yang saya dapat bagaimana nak buahkan pokok seawal 4 tahun. Berikut adalah pemerhatian dan pengalaman The Kebun.
Untuk memastikan pokok durian berbuah seawal usia 4 tahun (terutama bagi varieti Blackthorn D200), beberapa kaedah dan amalan pertanian yang baik perlu dilakukan secara KONSISTAN sejak awal penanaman. Berikut ialah panduan lengkap meliputi cara dan kaedah penting:
1. Gunakan Anak Pokok Klon (Cantuman)
Pokok durian yang ditanam dari biji (biji benih) biasanya lambat berbuah (8–10 tahun). Anak pokok klon hasil cantuman dewasa boleh berbuah seawal 3–5 tahun.
Pilih anak pokok berkualiti. D200 antara variati cepat berbuah.
2. Pengurusan Tanaman yang Betul Sejak Awal
Amalan agronomi yang betul membantu pokok cepat matang dan bersedia berbuah. Rancang pencahayaan, infrastruktur kebun dengan baik.
Penanaman:
Pastikan lubang tanam bersaiz 2x2x2 kaki, berbusut atau berbatas, gaul dan isi dengan tanah top soil dan bercampur baja organik serta soil care dari fastgrow jika tanah berasid dan sebagai penggalak akar dan tak lupa kulat microreza bagi symbiosis akar & kulat.
Jarak tanam sesuai: 30–40 kaki antara pokok (bergantung pada varieti dan sistem tanaman).
Siraman Wajib. Bagi mengikut keperluan dan perkembangan pokok dan bergantung pada peratus kelembapan tanah zone akar.
Baja:
Tahun 1–2: Baja organik dan semi organik berselang seli.. Baja NPK mengikut keadaan 15:15:15 wajib baja organik + semburan foliar hijau fastgrow utk daun). Sini Guna baja Blackgold dan Blackwizard dari fastgrow dan baja kimia dari Benh Meyer. (80 peratus organik/semi organik + 20 peratus kimia).
Tahun 3–4: Apabila saiz batang melebihi 50cm Tukar SOP pembajaan kepada baja penggalak pembungaan (NPK 12:12:17:2 + Mg atau baja buah). Boleh Cuba baja Fastgrow kuning 121217 untuk push buah.. atau pun 82424 garsoni atau fertiva 102626 dari SNT.
Baja setiap bulan (ikut jadual tetap).
Tambah baja organik (kompos proses) setiap selang setiap bulan.
3. Cantasan dan Latihan Pokok secara berperingkat
Cantas dahan bawah (hingga 2 kaki dari tanah) supaya pertumbuhan menegak. Cantas dahan bersilang, berpenyakit, dan tidak produktif.
Latih dahan utama dalam bentuk kon (pokok piramid) supaya cahaya matahari boleh menembusi pokok.
4. Rawatan Cegah Penyakit dan Perosak secara INTENSIF!
Gunakan racun kulat untuk cegah penyakit kulat akar putih, Kanker batang dan fusarium.
Kawal serangga, ulat pengorek, serangga, kumbang, Bena dan penyakit kulat sejak awal. Di The Kebun kami gunakan brand BAYER bagi semua program P&D di sini.
5. Rangsangan Berbunga dan Berbuah, STRESS kan pohon!
Jika pokok sihat tapi masih belum berbunga pada usia 3.5–4 tahun, tapi syarat 50cm saiz ukur lilit pangkal batang.
a) Bagi Kebun systematic boleh cuba, Stress Air (Teknik Pengeringan)
Kurangkan atau hentikan siraman selama 10–14 hari (jika musim kering) untuk stres pokok → boleh merangsang pembungaan.
b) Baja Bunga
Beri baja tinggi fosforus (NPK 12:12:17:2 atau MKP 0:52:34) pada bulan ke-4 dan ke-5 selepas stres air.
c) Penggunaan Hormon (option)
Sesetengah pekebun guna hormon penggalak bunga seperti Paclobutrazol (PBZ). Ia perlu digunakan dengan berhati-hati dan ikut dos tepat. Rujuk pegawai pertanian sebelum guna.
6. Apabila pohon berbuah, ada pula pembajaan yang seterusnya untuk memastikan serangga, kulat dan isi yang baik. (Post seterusnya)
Kesimpulan:
Untuk durian berbuah pada usia 4 tahun, anda perlukan:
Anak pokok klon cantuman
Baja berkala (organik dan NPK)
Kawalan air dan stres terkawal
Cantasan pokok dan cahaya matahari cukup
Kawalan penyakit dan perosak berterusan
Teknik rangsangan pembungaan yang betul
Itu antara data dan Fakta yang di teliti oleh The Kebun sepanjang 5 tahun berkebun durian. Nak durian cepat berbuah, itu antara intipatinya.
Selamat mencuba.
Sumber: The Kebun via Facebook