Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
gagal bayar pinjaman ptptn
Gambar: BERNAMA

430,000 Gagal Bayar Balik Pinjaman PTPTN Berjumlah RM6 Bilion – Zambry

Athirah

430,000 Gagal Bayar Balik Pinjaman PTPTN Berjumlah RM6 Bilion – Zambry

LUMUT, 21 Sept (Bernama) — Seramai 430,000 peminjam Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN) gagal membuat bayaran balik pinjaman melibatkan sebanyak RM6 bilion.

Menteri Pendidikan Tinggi Datuk Seri Dr Zambry Abd Kadir berkata semua peminjam berkenaan dikesan tidak pernah membuat sebarang pembayaran balik kepada PTPTN walaupun diketahui kebanyakan daripada mereka telah mempunyai kerjaya masing-masing.

Beliau berkata jumlah pinjaman yang tidak dibayar semula itu sentiasa meningkat saban tahun dan ia sememangnya memberi kesan langsung kepada kedudukan kewangan PTPTN.

“Bagi pihak saya, ini adalah satu tanggungjawab moral yang perlu dilunaskan oleh para peminjam kerana wang yang dibayar itu akan digunakan oleh PTPTN untuk menbantu generasi yang akan datang,” katanya kepada pemberita selepas Majlis Penyerahan Wang Pendahuluan Pinjaman (WPP) PTPTN dekat sini, hari ini.

Terdahulu, Zambry menyempurnakan penyerahan WPP berjumlah RM322,500 kepada 215 pelajar yang layak dalam Parlimen Lumut dan Beruas.

Hadir sama Pengerusi i PTPTN Datuk Seri Norliza Abdul Rahim dan Ketua Eksekutifnya Ahmad Dasuki Abdul Majid.

Zambry berkata ketika ini PTPTN juga dalam perancangan untuk mengambil tindakan perundangan kepada mereka yang masih gagal melunaskan pinjaman berkenaan.

“Saya telah dimaklumkan oleh pihak PTPTN berkaitan perkara ini, namun perincian berkaitan penguatkuasaan itu dalam proses untuk dimuktamadkan. Cuma pada ketika ini, kita masih berhemah dan tidak akan tutup pintu rundingan jika ada yang ingin melunaskannya (hutang),” katanya.

Sementara itu, Ahmad Dasuki berkata seramai 980,120 pelajar telah menerima manfaat melalui WPP dengan peruntukan berjumlah RM1.45 bilion sejak diperkenalkan pada 1999 hingga 31 Ogos 2024.

Menurutnya inisiatif yang diwujudkan melalui WPP itu secara dasarnya bertujuan membantu meringankan beban kewangan pelajar yang berjaya meneruskan pengajian ke institusi pengajian tinggi (IPT), politeknik dan kolej komuniti.

“PTPTN mengharapkan WPP ini digunakan sebaiknya oleh para pelajar untuk melunaskan bayaran yuran, barangan keperluan semasa di universiti serta perkara lain yang difikirkan sesuai,” katanya.

BACA: Anak Resah Ayah Hilang Sejak 4 September, Kereta Pula Ditemui “Total Lost” & Terbakar

Sumber: BERNAMA