Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

5 Cara Tidur Semula Jika Sering Terjaga Tengah Malam

tidur semula
Kredit: ImageFX

5 Cara Tidur Semula Jika Sering Terjaga Tengah Malam

Umum ketahui, tidur yang cukup dan berkualiti sangat penting untuk memastikan badan dan minda dapat berfungsi dengan baik.

Namun, tidak semua orang bernasib baik dapat menikmati tidur yang lena sepanjang malam tanpa gangguan.

Ada yang setiap malam akan terjaga secara tiba-tiba, sama ada kerana bunyi kecil, mimpi, rasa tidak selesa atau tanpa sebab yang jelas.

Hari ini, SK ingin kongsikan lima cara yang boleh membantu anda kembali tidur dengan lebih mudah, menurut portal Healthline.

1. Halang bunyi yang mengganggu

Portal Healthline mencadangkan jika bunyi dari luar rumah mengejutkan anda, cuba menutup tingkap atau pintu untuk mengurangkan gangguan tersebut.

Untuk mengurangkan bunyi dengan lebih berkesan, anda juga boleh cuba memakai penutup telinga, membuka kipas atau memasang bunyi white noise.

Kredit: ImageFX

Kajian pada tahun 2021 mendapati bahawa white noise mungkin membantu meningkatkan kualiti tidur bagi sesetengah individu.

Namun begitu, hasil kajian adalah bercampur dan masih memerlukan lebih banyak penyelidikan.

2. Elakkan melihat jam

Menurut portal Sleep Healthline, kerap memandang jam boleh membuatkan anda rasa cemas kerana tidak dapat tidur.

Kajian pada tahun 2019 menunjukkan bahawa masalah kebimbangan dan kesukaran untuk tidur saling berkait.

Kredit: ImageFX

Individu yang cemas cenderung risau tentang tidak dapat tidur, manakala mereka yang sukar tidur pula mudah berasa cemas.

3. Jauhkan diri daripada skrin

Portal Healthline turut menasihatkan untuk mematikan telefon dan peranti elektronik lain kerana bunyi notifikasi boleh mengejutkan anda.

Selain itu, telefon pintar dan gajet lain mengeluarkan cahaya biru yang boleh mengurangkan penghasilan melatonin dalam badan.

Kredit: ImageFX

Difahamkan, melatonin ialah hormon yang mengawal kitaran tidur dan waktu berjaga.

Terdapat kajian pada tahun 2021 yang mencadangkan cermin mata penapis cahaya biru mungkin membantu, tetapi hasil kajian juga masih bercampur.

4. Fokus pada perkara yang membosankan

Kajian pada tahun 2018 dalam portal Healthline mendapati ramai orang berasa lebih mengantuk apabila melakukan perkara yang membosankan.

Kredit: ImageFX

Teknik klasik seperti mengira kambing atau memikirkan sesuatu yang tidak terlalu menarik boleh membantu mengalihkan fikiran dan memudahkan anda tidur semula.

5. Dengar muzik yang menenangkan

Menurut portal Healthline, muzik yang perlahan dan menenangkan boleh membantu merehatkan fikiran.

Ia juga boleh menutup bunyi lain yang mungkin mengganggu tidur anda.

Kredit: ImageFX

Kajian pada tahun 2018 mendapati citarasa individu memainkan peranan penting dalam menentukan jenis muzik yang sesuai untuk membantu tidur.

Jadi, anda mungkin perlu mencuba beberapa jenis muzik sebelum menemui yang paling sesuai.

Sumber:Healthline