Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Kemalangan sering dikaitkan dengan tempat kerja, jalan raya atau pekerjaan yang mempunyai risiko tinggi.
Namun hakikatnya, perkara tidak diingini juga boleh berlaku ketika seseorang sedang berehat, menguruskan rumah atau melakukan aktiviti kegemaran pada waktu lapang.
Kita mungkin merasakan rutin harian yang dilakukan selama ini tidak berbahaya. Tetapi hanya satu pergerakan yang tersilap sudah cukup untuk menyebabkan kecederaan.
Berikut merupakan lima contoh situasi kemalangan yang boleh berlaku di luar waktu kerja dan mungkin kita tak sedar boleh berlaku sehinggalah kita mengalaminya sendiri.
Cuba bayangkan, kita mahu mengambil barang di tempat tinggi tetapi tangga pula tiada.
Disebabkan mahu cepat, kita pun memanjat kerusi atau bangku yang ada. Namun, sedikit sahaja pergerakan tersilap boleh menyebabkan kita hilang keseimbangan lalu terjatuh.
Contohnya, pencarum sedang cuba mengambil kotak di atas almari menggunakan kerusi, sebelum kerusi tersebut bergoyang dan menyebabkannya terjatuh dan patah kaki.
Kemalangan juga boleh berlaku ketika kita sedang memasak, mengangkat barang berat atau membersihkan rumah.
Lantai yang basah, peralatan tajam dan barang yang berselerak boleh menjadi punca kecederaan tanpa kita sedari.
Ambil contoh ketika kita sedang mengemop lantai, tiba-tiba kita tergelincir kerana permukaan masih basah lalu mengalami kecederaan pada tangan atau kaki.

Bagi yang gemar memancing, mendaki atau masuk ke kawasan hutan, pelbagai risiko mungkin menanti.
Antaranya termasuk tergelincir, terjatuh, terkena binatang berbisa atau berdepan dengan haiwan liar.
Contohnya, pencarum pergi memancing dan tiba-tiba terpijak lumpur licin sebelum terjatuh di kawasan tebing sungai dan mengalami kecederaan.
Aktiviti seperti berjoging, berbasikal, bermain badminton atau futsal sememangnya baik untuk kesihatan.
Namun, kecederaan seperti terseliuh, terjatuh atau bertembung dengan individu lain masih boleh berlaku.
Contoh keadaan apabila kita sedang leka bermain badminton sebelum tersalah langkah ketika cuba melompat lalu mengalami kecederaan pada buku lali.

Percutian sepatutnya menjadi masa untuk berehat dan meluangkan masa bersama keluarga.
Bagaimanapun, seseorang masih boleh mengalami kecederaan ketika melakukan aktiviti rekreasi, berada di kawasan kolam atau bergerak dari satu lokasi ke lokasi lain.
Contohnya, pencarum sedang bercuti bersama keluarga di sebuah pulau di dalam negara. Ketika melakukan aktiviti berbasikal di kawasan tersebut, pencarum tersilap langkah lalu terjatuh dan mengalami kecederaan.
Kesemua situasi ini menunjukkan bahawa risiko kemalangan boleh berlaku pada bila-bila masa.
Ketika berada di rumah dan menguruskan rutin harian pun, perkara tidak dijangka masih boleh berlaku. Begitu juga ketika seseorang sedang melakukan aktiviti riadah, menikmati hobi atau bercuti dalam negara bersama keluarga.
Menyedari hakikat tersebut, PERKESO memperkenalkan Skim Kemalangan Bukan Bencana Kerja atau LINDUNG 24 JAM bagi meluaskan perlindungan kepada pekerja sekiranya mengalami kemalangan di luar urusan pekerjaan.
Skim ini memberi perlindungan 24 jam sehari kepada pekerja yang mencarum, termasuk ketika berada di rumah, menjalankan aktiviti riadah atau menguruskan urusan peribadi.
Pelbagai situasi kemalangan di luar waktu kerja turut diketengahkan secara mudah dan menghiburkan menerusi video LINDUNG Untuk Semua.
Pendekatan tersebut membantu orang ramai memahami bahawa kemalangan bukan sahaja boleh berlaku ketika bekerja, malah ketika seseorang sedang menjalani rutin harian.
Kita mungkin selalu melakukan tugasan harian di rumah tanpa memikirkan risikonya. Namun, hanya satu langkah yang tersilap pun sudah cukup untuk mengubah keadaan.
Kalau nak tahu, babak terjatuh dari kerusi hanyalah salah satu daripada beberapa situasi mencuit hati yang dipaparkan dalam video tersebut.
Nak tahu apa pula yang berlaku ketika seorang pekerja keluar memancing?
Tonton video penuh LINDUNG Untuk Semua | LINDUNG 24 Jam menerusi pautan yang disediakan.