Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

6 Mall Popular Di Malaysia Yang Korang Wajib Simpan Resit Bila Membeli, Ini Sebabnya
Macam biasa, setiap kali kita keluar beli-belah, tangan pasti penuh dengan beg plastik atau kertas berisi barang keperluan atau ‘kehendak’ kita.
Dan sudah tentu, di celah-celah barang itu terselit satu benda yang hampir semua orang tak pandang – resit pembelian.
Selalunya, resit ini kita biarkan sahaja dalam beg tangan, dompet atau poket seluar, sampai akhirnya renyuk dan dibuang begitu sahaja.
Yelah, apa sangat gunanya resit kalau bukan sekadar bukti pembayaran atau rujukan bajet bulanan, kan?
Tapi, siapa sangka kertas kecil ‘tak bernilai’ itu boleh jadi asbab untuk korang menang hadiah berjumlah hingga ratusan ribu ringgit?
Kalau korang suka shopping dan nak lebih daripada sekadar ‘cashback’, ini berita baik untuk korang.
CapitaLand sekarang tengah buat satu kempen mega yang menjanjikan ganjaran lumayan khas untuk pembeli di enam pusat beli-belah terpilih di Malaysia.
Lebih menarik, kempen ini diadakan dengan kerjasama PRO-NET, anak syarikat PROTON.
Ini juga merupakan pemberian hadiah terbesar yang pernah ditawarkan oleh pusat beli-belah CapitaLand di Malaysia.
Ya, betul. Hadiah utama untuk kempen ni adalah sebuah kereta elektrik smart #1 Premium, antara EV yang kini jadi ‘kegilaan’ ramai rakyat Malaysia.

smart #1 Premium ni memang ride terbaik untuk korang, dan ni lah sebabnya kenapa korang patut menang!
Ia dah jadi kegemaran rakyat Malaysia yang nak beralih ke kereta elektrik. Dengan prestasi yang power, pengecasan AC yang pantas, dan peta pengecasan live yang senang nak guna, setiap perjalanan jadi smooth, tak ada stress.
Tak kira korang nak keluar pergi adventure hujung minggu atau just lepak-lepak kat bandar, smart #1 Premium pastikan korang sentiasa ready untuk jalan.
Jangan lepaskan peluang untuk menang EV terbaik ni, sebuah game-changer yang mengubah cara kita memandu!
Memang lain macam, sebab ia boleh buat pengalaman memandu jadi lagi seronok. Menarik, kan?

Dengan kempen “Shop SMART Win smart”, setiap pembelian yang dibuat di enam pusat beli-belah terpilih ini boleh membawa tuah kepada korang.
Menariknya, CapitaLand tawarkan hadiah lumayan yang berbeza untuk setiap pusat beli-belah terlibat.
Jika korang berbelanja di Gurney Plaza dan Queensbay Mall, pelbagai hadiah menarik menanti, antaranya:
Percutian untuk 2 orang ke Borneo
iPhone 16 Pro
Beg Kabin Samsonite 20”
SONY LinkBuds Open
DJI Neo
Baucar beli-belah
Cara penyertaan:
1. Pelanggan hanya perlu menghantar resit pembelian minimum RM200 dalam satu transaksi untuk mendapatkan dua penyertaan dalam cabutan bertuah.
2. Jika menggunakan kad UOB, pelanggan hanya perlu berbelanja RM150 dan menyerahkan slip pembayaran kredit atau debit bersama resit pembelian untuk layak menyertai cabutan bertuah.
Bagi pelanggan di East Coast Mall, pelbagai hadiah lumayan menanti, antaranya:
Peti Sejuk LG Side-by-Side
Vakum Robot Xiaomi
Set Sofa Riron
Jongkong Emas Habib
Set Tilam Akemi
Baucar beli-belah
Cara penyertaan:
1. Pelanggan hanya perlu menghantar resit pembelian minimum RM200 dalam satu transaksi untuk mendapatkan dua penyertaan dalam cabutan bertuah.
Untuk pelanggan yang berbelanja di 3 Damansara, Melawati Mall dan The Mines, hadiah-hadiah yang boleh dimenangi termasuk:
Pakej Perjalanan
Samsung Smart TV
Samsung Galaxy S25
iPad Air
Oppo Reno 13
LG TV
Pengering Rambut Dyson
Penapis Udara Blueair
Baucar beli-belah dan banyak lagi
Cara penyertaan:
1. Pelanggan hanya perlu menghantar resit pembelian minimum RM100 dalam satu transaksi untuk mendapatkan satu penyertaan dalam cabutan bertuah.
Bukan itu saja, pelanggan yang menyertai kempen “Shop SMART Win smart” dan menggunakan Hello smart App juga berpeluang menerima hadiah ‘misteri’ setiap bulan. Nantikan pengumuman daripada smart Malaysia!
Bagi pelanggan di Gurney Plaza, Queensbay Mall, East Coast Mall, 3 Damansara dan The Mines, korang boleh hantar resit dan sertai cabutan bertuah di sini.

1. Pastikan resit dihantar pada hari yang sama dengan tarikh pembelian.
2. Pilih pusat beli-belah yang korang kunjungi melalui pautan yang disediakan.
3. Lengkapkan maklumat yang diperlukan sebelum menghantar resit.
Bagi pelanggan di Melawati Mall pula, korang boleh hantar resit dan sertai cabutan bertuah di sini.
1. Pastikan resit dihantar pada hari yang sama dengan tarikh pembelian.
2. Lengkapkan maklumat yang diperlukan sebelum menghantar resit.
Jadi, tunggu apa lagi? Peluang “sekali seumur hidup” ni cuma ‘valid’ dari sekarang hingga 31 Oktober 2025.
Korang cuma perlu shopping macam biasa di 6 mall CapitaLand terpilih, simpan resit dan hantar untuk sertai cabutan bertuah.
Siapa tahu, mungkin korang akan memandu pulang kereta baharu atau berpeluang bercuti secara percuma?