Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

6 Maut Dalam Letusan Gunung Berapi Di Pulau Flores, Indonesia 

Hannah
Gunung berapi Indonesia
Gambar: AFP

6 Maut Dalam Letusan Gunung Berapi Di Pulau Flores, Indonesia

JAKARTA, 4 Nov (Bernama-dpa) — Gunung Lewotobi Laki-Laki, gunung berapi aktif di pulau Flores, timur Indonesia meletus awal pagi Isnin, mengorbankan sekurang-kurangnya enam orang di sebuah perkampungan terpencil, lapor Agensi Berita Jerman (dpa).

Mangsa terbunuh apabila rumah mereka runtuh akibat letusan itu, kata ketua kampung tempatan, Petrus Muda, kepada Agensi Berita Antara yang dikendalikan kerajaan.

“Gunung berapi itu meletus kira-kira 12.30 pagi waktu tempatan (1730 GMT Ahad). Enam dipercayai sekeluarga tertimbus di bawah runtuhan,” Petrus dipetik sebagai berkata.

Beliau berkata penduduk kampung telah melarikan diri dari rumah mereka dalam keadaan panik.

BACA: Wanita Maut Ditikam Suami Ketika Buat ‘Live’

BACA: Peluncur Warga Emas Putus Kaki Di Serang Ikan Yu Berhampiran Pantai Maui

BACA: Barcelona Mungkin Anjur Perlumbaan Kemuncak MotoGP 2024 – Dorna Sports

Sumber: BERNAMA