Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 5 petang ini.
Menurut kenyataan, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Johor dan seluruh WP Kuala Lumpur.
"Di Kedah, hanya daerah Langkawi sahaja diramal hujan, begitu juga di Pahang, hanya di Bentong.
"Manakala di Perak pula melibatkan kawasan Perak Tengah dan Hilir Perak. Bagi Selangor pula, beberapa kawasa diramaln hujan seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.
"Sementara itu, hanya daerah Jelebu di Negeri Sembilan dijangka hujan pada sebelah petang. Manakala di Johor pula melibatkan kawasan Kulai, Kota Tinggi dan Johor Bahru
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.