Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di enam negeri dan satu Wilayah Persekutuan sehingga jam 6 petang ini.
Hujan Lebat Di Beberapa Negeri
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak, Sabah dan seluruh WP Kuala Lumpur.
“Di Perak kawasan yang diramal hujan lebat adalah Kinta, Kampar, Perak Tengah, Hilir Perak, Batang Padang dan Muallim. Manakala di Pahang pula melibatkan kawasan Raub, Bera, Bentong, Cameron Highlands, Lipis, Temerloh dan Rompin.
“Sementara itu, beberapa kawasan di Selangor seperti Hulu Selangor, Gombak, Hulu Langat dan Petaling juga dijangka hujan. Di Negeri Sembilan, dua daerah diramal hujan seperti Jempol dan Jelebu.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching, Mukah (Daro, Mukah dan Tanjung Manis), Bintulu (Tatau), Sibu (Selangau), Sarikei (Maradong dan Sarikei).
“Di Sabah pula termasuk Pedalaman (Tenom, Sook, Pensiangan, Tambunan, Keningau dan Sipitang), Sandakan (Tongod dan Telupid), Pantai Barat (Ranau),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
