Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat di tujuh negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 1 pagi ini.
Beberapa Negeri Diramal Hujan Lebat
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Kelantan, Terengganu, Pahang, Sarawak, Sabah dan seluruh kawasan Perlis serta WP Labuan.
“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena. Manakala di Kelantan pula melibatkan kawasan Gua Musang sahaja.
“Selain itu, beberapa daerah di Terengganu seperti Hulu Terengganu, Marang, Kuala Terengganu, Kuala Nerus, Setiu, Dungun dan Kemaman juga diramal hujan.
“Sementara di Pahang pula hanya di daerah Jerantut. Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kapit (Kapit, Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Marudi, Telang Usan dan Bario)
“Di Sabah pula termasuk Sandakan (Kinabatangan, Sandakan, Labuk & Sugut, Telupid dan Paitan), Pedalaman (Sipitang, Beaufort, Kuala Penyu, Pensiangan dan Tenom), Kudat (Kota Marudu), Pantai Barat (Ranau),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.
