Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

7 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Iqbal Yasir
Wilayah Diramal Hujan Lebat
Kredit: Bernama

7 Negeri, 1 Wilayah Diramal Hujan Lebat Hingga Malam Ini

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 7 malam ini.

Menurut kenyataan negeri yang terlibat adalah Kedah, Perak, Pahang, Selangor, Negeri Sembilan, Sarawak dan Sabah termasuk seluruh WP Kuala Lumpur.

"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Kuala Muda, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula melibatkan Kerian, Larut, Matang Dan Selama, Hulu Perak, Kuala Kangsar, Kinta, Kampar, Batang Padang dan Muallim.

"Sementara di Pahang termasuk kawasan Tanah Tinggi Cameron, Lipis, Raub dan Bentong. Bagi Selangor, beberapa yang diramal hujan seperti Kuala Selangor, Hulu Selangor, Gombak dan Hulu Langat.

"Di Negeri Sembilan, hanya dua daerah dijangka hujan seperti Jelebu dan Jempol.

"Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Kuching (Kuching), Serian, Samarahan (Simunjan), Sri Aman (Lubok Antu) dan Kapit (Song).

"Manakala di Sabah pula melibatkan Pedalaman (Tambunan), Pantai Barat (Ranau) dan Sandakan (Telupid)," maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.