Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di tujuh negeri dan satu Wilayah Persekutuan (WP) sehingga jam 5 petang ini.
Menurut kenyataan, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Perak, Selangor, Negeri Sembilan, Johor, Sabah dan seluruh negeri Perlis serta WP Labuan.
"Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Langkawi, Kubang Pasu, Kota Setar dan Pokok Sena. Manakala di Perak pula seperti Hilir Perak dan Muallim.
"Bagi Selangor, beberapa daerah diramal hujan seperti Sabak Bernam, Kuala Selangor, Hulu Selangor dan Gombak. Sementara itu di Negeri Sembilan pula termasuk daerah Jempol dan Tampin.
"Beralih ke Johor, ia melibatkan kawasan Segamat, Muar dan Kota Tinggi.
"Di Sabah pula termasuk Pedalaman (Sipitang, Kuala Penyu, Beaufort dan Tambunan), Pantai Barat, Sandakan (Telupid dan Beluran) dan Kudat," maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.