Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) mengeluarkan amaran ribut petir, hujan lebat dan angin kencang di 7 negeri sehingga jam 5 petang ini.
Hujan lebat petang ini
Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri diramal hujan seperti Kedah, Perak, Terengganu, Pahang, Selangor, Sarawak dan seluruh negeri Perlis.
“Di Kedah, daerah yang diramal hujan adalah Sik, Baling, Kulim dan Bandar Baharu. Manakala di Perak pula melibatkan kawasan Selama, Larut Matang, Manjung, Perak Tengah, Bagan Datuk dan Hilir Perak.
“Selain itu, di Terengganu melibatkan kawasan Hulu Terengganu, Kuala Nerus, Kuala Terengganu, Marang, Dungun dan Kemaman.
“Di Pahang, daerah yang diramal hujan adalah Raub, Temerloh, Jerantut dan Kuantan.
Sementara di Selangor juga melibatkan Kuala Selangor, Klang, Kuala Langat, Sabak Bernam dan Sepang.
“Beralih ke Sarawak, kawasan yang diramal hujan adalah Bintulu, Mukah (Dalat dan Mukan), Sri Aman (Lubok Antu), Miri (Subis), Sibu (Selangau dan Kanowit), Kapit (Kapit dan Song),” maklum kenyataan itu.
Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.
Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.
Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.


