Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

7 Tahun Besarkan Anak Tanpa Gajet, Lelaki Ini Kongsi Kesannya

Azizah Najib
Besarkan anak tanpa gajet
Kredit: Bernama
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

7 Tahun Besarkan Anak Tanpa Gajet, Lelaki Ini Kongsi Kesannya

Sebagai ibu bapa, membesarkan anak-anak merupakan satu amanah besar yang dikurniakan oleh Allah SWT.

Namun begitu, tugas ini bukanlah sesuatu yang mudah, lebih-lebih lagi dalam era moden yang sarat dengan pengaruh teknologi dan gajet

Hari ini, gajet telah menjadi sebahagian daripada kehidupan kita. Segala urusan boleh diselesaikan hanya di hujung jari.

Dalam masa yang sama, gajet juga menjadi punca utama kepada pelbagai pengaruh negatif, terutamanya terhadap perkembangan anak-anak.

Bukan sekadar digunakan untuk pembelajaran, malah ramai ibu bapa kini bergantung kepada gajet bagi ‘menenangkan’ anak-anak mereka. Namun, lelaki ini memilih jalan yang lain.

Ikuti perkongsian seorang pengguna Thread, Muhd Syafiq Idris, yang mendedahkan pengalaman membesarkan anak-anaknya tanpa pendedahan kepada gajet selama tujuh tahun.

10 Kesan Paling Jelas Terlihat Pada Anak

Besarkan anak tanpa gajet
Kredit: Muhd Syafiq Idris

Tujuh tahun aku dan isteri membesarkan anak-anak kami tanpa gajet. Telefon dan tablet adalah sesuatu yang asing bagi mereka.

Kesan yang jelas ialah pertama, mereka cepat belajar kemahiran, kreatif dan pandai berinteraksi. Kedua, pandai bersosial di alam sebenar. Mempunyai empati yang tinggi.

Ketiga, mereka sabar dan pandai mengurus bosan. Diorang akan buat aktiviti sendiri, si abang jadi ketua. Hampir tiada amukan (tantrum).

Keempat, ada kemahiran yang bagus. Berkebun, baiki penyejuk udara, bersukan, baiki kerosakan kecil pada mainan, basikal.

Kelima, hubungan keluarga sangat rapat kerana luangkan masa bersama buat aktiviti. Keenam, tiada masalah tidur. Semua tepat pada masa.

Ketujuh, pandai selesai masalah sendiri. Kelapan, banyak membantu kerja rumah. Kesembilan, sangat berminat main dengan Lego.

Kesepuluh, aktif bersukan, berlari, bermain di padang.

Menjengah ke ruangan komen, rupa-rupanya ramai ibu bapa yang turut sama sudah mula mengambil langkah yang sama.

“Alhamdulillah, tahniah abang dan isteri. Saya pun dah mula tak bagi gajet pada anak. Dah hampir setahun. Anak saya pun dah terbiasa dan boleh terima walaupun mula-mula tu merungut juga. Tiada telefon, tiada tab. Walaupun nampak kecil tetapi kesannya sangat besar untuk anak itu sendiri,” kongsi seorang warganet.

“Saya suami isteri bekerja. Dah 14 tahun rumah tak ada TV. Anak sulung dah 12 tahun. Matlamat sebelum kahwin memang nak anak penghafaz Al-Quran. Jadi sebelum ada anak, dah didik diri sendiri dulu untuk tiada segala hiburan dalam rumah.

“Telefon dari dulu hingga kini hanya dua biji je. Saya satu, suami satu. Anak nak call, nak mesej kawan, cikgu semua guna telefon saya.

“Masa kecil saya belikan diorang buku kosong untuk menyonteng. Sampai dah sekolah, diorang pergi mana-mana mesti minta buku. Didik diri kita dulu, baru anak,” kata seorang lagi warganet.

Sumber: Muhd Syafiq Idris

BACA: Lelaki Ini Menangis Dua Kali, Masa “Rehearsal” & Hari Nikah Buat Ramai Terharu

BACA: Ramai Ingat Pencemaran, Tapi Ini Sebab Sungai Berbuih Bila Hujan Lebat