Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

Ramai Ingat Pencemaran, Tapi Ini Sebab Sungai Berbuih Bila Hujan Lebat

Athirah
Sungai Berbuih
Kredit: Bernama
Artikel ini diolah & diterbitkan ke Siakap Keli dengan kebenaran dari sumber asal

Ramai Ingat Pencemaran, Tapi Ini Sebab Sungai Berbuih Bila Hujan Lebat

Alam semula jadi merupakan anugerah yang tidak ternilai, dipenuhi dengan keindahan serta keajaiban yang sentiasa menarik perhatian manusia.

Di sebalik kehijauan hutan, aliran sungai yang tenang dan keindahan langit yang luas, tersimpan pelbagai “rahsia” yang menanti untuk diterokai.

Antara elemen penting yang sering menjadi tulang belakang kepada keseimbangan ekosistem ialah sungai.

Ia merupakan sumber air yang mengalir tidak hanya sekadar memenuhi keperluan hidupan, malah menjadi nadi utama yang menghidupkan seluruh sistem hutan.

Ini rupanya sebab ada buih dekat sungai bila hujan lebat

Alam semula jadi sering memperlihatkan pelbagai keunikan yang kadangkala sukar dijelaskan hanya dengan pandangan mata kasar.

Antara keunikan yang menarik perhatian ialah kemunculan buih di permukaan sungai, khususnya di kawasan paya gambut selepas hujan lebat.

Menurut penjelasan @azamuddeennasir di TikTok, fenomena buih di kawasan hutan paya gambut berlaku akibat kehadiran protein dan lemak yang terbentuk daripada alga, tumbuhan serta bahan organik yang terurai.

Apabila bahan-bahan ini bercampur dan dikocak oleh arus air yang deras, ia menghasilkan buih organik yang stabil serta mudah terbentuk di permukaan sungai.

“Buih seperti ini bukan hanya terbentuk di sungai, tetapi adakala dapat dilihat di permukaan laut juga,” jelas beliau yang merupakan seorang mahasiswa PhD dalam bidang Ekologi dan Genetik Ikan.

Video berdurasi 2:06 minit itu turut memaparkan beliau mengambil buih organik tersebut, yang kelihatan terdiri daripada buih berwarna coklat bercampur dengan buih putih.

@azamuddeennasir menjelaskan bahawa buih yang terhasil ini sebenarnya mempunyai ciri yang sama dengan buih sabun.

Lebih menarik lagi, arus sungai yang deras menghasilkan buih dalam jumlah yang begitu banyak sehingga menutupi sebahagian permukaan air.

BACA: Banding Dengan California, Mat Saleh Tak Sangka Lebuh Raya Malaysia Macam Ni
BACA: Kreatif, Cara Sekumpulan Gen Z Main Badminton Undang Tawa Ramai
BACA: “Tak Pernah Berpisah Walau Sekali,” Suami Sebak Bacakan Talqin Untuk Isteri Tercinta

Sumber: @azamuddeennasir