Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

Amaran Ribut Petir, Hujan Lebat Di Empat Negeri Malam Ini

hujan lebat
Kredit: Bernama

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di enam negeri 12 tengah malam ini.

Hujan Lebat Di Beberapa Negeri

Menurut kenyataan itu, beberapa daerah di negeri Kedah, Sarawak, Sabah dan seluruh negeri Perlis.

“Di Kedah, kawasan yang diramal hujan adalah Langkawi, Kubang Pasu dan Kota Setar.

“Sementara di Sarawak pula melibatkan kawasan Mukah (Dalat, Matu dan Mukah), Kapit (Bukit Mabong dan Belaga), Miri (Bario dan Marudi), Limbang.

“Beralih ke Sabah, kawasan yang dijangka hujan termasuk Pedalaman (Sipitang dan Tenom), Sandakan (Sandakan dan Labuk & Sugut),” maklum kenyataan itu.

Sehubungan itu, penduduk di kawasan yang dinyatakan dinasihatkan supaya berwaspada dengan perubahan cuaca yang mendadak ini dan memastikan keselamatan diri serta keluarga terjamin.

Orang ramai juga dinasihatkan agar mengelakkan aktiviti luar dan sentiasa mengikuti perkembangan terkini mengenai amaran cuaca daripada pihak METMalaysia melalui saluran rasmi.

Langkah berjaga-jaga perlu diambil bagi mengurangkan risiko sebarang kejadian tidak diingini akibat cuaca buruk yang diramalkan melanda kawasan-kawasan tersebut.



Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga tengah malam ini.
  • Amaran melibatkan seluruh Perlis serta beberapa daerah di Kedah, Sarawak dan Sabah.
  • Orang ramai dinasihatkan mengelakkan aktiviti luar dan mengikuti perkembangan rasmi daripada MetMalaysia.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan