Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat di tiga negeri sehingga jam 7 malam ini.
Menurut MetMalaysia, amaran tersebut melibatkan negeri Kelantan iaitu di Gua Musang dan Jeli.
Manakala, di Sarawak pula membabitkan daerah Sibu, Sarikei, Bintulu (Tatau), Mukah (Tanjung Manis), Kapit (Belaga).
Di Sabah, amaran hujan lebat diramal di daerah Sandakan (Labuk & Sugut dan Paitan), Pedalaman (Sook dan Keningau), Tawau (Lahad Datu).
Hujan lebat di 3 negeri

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir ataudijangka berlaku melebihi sejam.
“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” kata MetMalaysia.
