Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan Lebat Di 11 Negeri Malam Ini

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan
Kredit: AI/Flow

Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia) telah mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang di beberapa negeri sehingga jam 9 malam ini.

Menerusi satu kenyataan, amaran itu dikeluarkan di seluruh negeri Perlis dan Melaka.

Selain itu, ia juga membabitkan negeri kawasan Kuala Muda, Kota Setar, Yan, Sik, Baling, Padang Terap, Pokok Sena, Pendang dan Kubang Pasu di negeri Kedah.

Di Perak pula, hujan diramal di Hulu Perak, Manjung, Perak Tengah, Hilir Perak, Bagan Datuk, Batang Padang, Kampar, Kinta, Larut Matang dan Kuala Kangsar.

MetMalaysia Keluarkan Amaran Hujan

Bagi negeri Kelantan, amaran melibatkan daerah Kuala Krai, Machang, Tanah Merah, Jeli, Pasir Puteh, Pasir Mas, Tumpat, Kota Bharu dan Bachok.

Di Terengganu, daerah yang terlibat ialah Dungun, Hulu Terengganu, Besut dan Setiu.

Manakala di Pahang pula melibatkan kawasan Jerantut, Maran, Bera, Rompin, Temerloh dan Kuantan.

Hujan lebat turut dijangka berlaku di Negeri Sembilan iaitu di daerah Jempol, Tampin dan Kuala Pilah.

Di Johor pula membabitkan Segamat, Tangkak, Batu Pahat, Muar, Pontian, Kluang, Kulai dan Kota Tinggi.

Beralih ke negeri Sarawak, kawasan Betong (Saratok dan Kabong), Sarikei (Sarikei dan Maradong), Mukah (Tanjung Manis, Daro dan Matu), Sibu (Sibu), Miri (Telang Usan, Bario dan Marudi), Limbang (Limbang) disenaraikan terlibat.

Manakala di Sabah pula menyaksikan hujan lebat di Pantai Barat (Ranau, Kota Belud, Kota Kinabalu dan Tuaran), Pedalaman (Tambunan), Kudat (Kota Marudu), Tawau (Lahad Datu), Sandakan (Kinabatangan dan Tongod).

“Amaran dikeluarkan apabila terdapat tanda-tanda menunjukkan ribut petir dengan intensiti hujan melebihi 20 mm/jam yang hampir atau dijangka berlaku melebihi sejam.

“Amaran ribut petir adalah amaran jangka pendek yang sah dalam tempoh tidak melebihi enam jam untuk satu-satu keluaran,” katanya.

Intipati
  • MetMalaysia mengeluarkan amaran hujan lebat, ribut petir dan angin kencang hingga 9 malam.
  • Amaran itu melibatkan seluruh Perlis dan Melaka serta beberapa daerah di sembilan negeri lain.
  • Amaran ribut petir sah tidak melebihi enam jam bagi setiap keluaran rasmi.

Bahagian ini dijana AI dan mungkin mengandungi kesilapan. Lapor kesilapan