Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah
Tiada Kategori

7 Tawaran Percutian Hebat Sempena Jualan Mega 7.7 Trip.com

7 Tawaran Percutian Hebat Sempena Jualan Mega 7.7 Trip.com

7 Tawaran Percutian Hebat Sempena Jualan Mega 7.7 Trip.com

Berita baik untuk kaki kembara! Jualan Mega 7.7 Trip.com yang dinanti-nantikan rakyat Malaysia sudah hampir tiba! Nikmati promosi tambang all-in, diskaun luar biasa untuk penginapan hotel, tawaran Beli 1 Percuma 1 dan pelbagai ganjaran hebat lain dari tempoh 7 Julai hingga 10 Julai 2025.

Sudah bersedia untuk menempah percutian yang telah lama diimpikan? Tandakan tarikh di kalendar anda dan manfaatkan tujuh tawaran hebat yang disediakan untuk meraih penjimatan besar sempena Jualan Mega 7.7 kali ini.

Kod Promo Jadi Rebutan

Tetapkan jam penggera sekarang kerana kod promo istimewa akan diumumkan betul-betul pada waktu tengah malam setiap hari dari 7 – 10 Julai dengan tawaran bonus ekstra pada jam 12 tengah hari pada 7 Julai! Tuntut semua kod promo dan anda boleh jimat hingga RM500 untuk membuat tempahan tiket penerbangan, hotel dan tarikan. Pengguna kali pertama Trip.com juga boleh menikmati diskaun tambahan 50% bagi pembelian tiket penerbangan. Inilah masanya untuk mendaftar sebagai ahli Trip.com!

Maklumat Jualan Kilat

Nombor tujuh ialah nombor bertuah! Hanya pada 7 Julai, sertai jualan kilat untuk membuat tempahan bilik hotel di Malaysia dan Thailand yang bermula serendah RM77.

Hotel yang turut mengambil bahagian termasuk The Sukosol Hotel di Bangkok; Golden Crown Grand Hotel di Hat Yai; hotel aras tinggi di Malaysia, Wyndham Ion Majestic in Genting Highlands; Swiss-Garden Hotel Melaka dan banyak lagi.

Jualan kilat hanya diadakan selama sejam, aktifkan pemberitahuan e-mel atau pemberitahuan dalam aplikasi anda supaya anda tidak ketinggalan!

Kini Anda juga Boleh Terbang dengan Harga All-In AirAsia

Melawat ke bandar kegemaran anda di rantau Asia Tenggara dengan tawaran tambang all-in daripada AirAsia yang bermula pada harga RM79 sahaja! Tawaran ini tersedia pada 7 Julai sahaja, jadi rebut tiket sehala ke destinasi popular di seluruh Malaysia, Thailand dan Indonesia pada waktu tertentu sepanjang hari.

Keajaiban Percutian Taman Tema

Alami pengembaraan, debaran dan dunia penuh keajaiban di Super Nintendo World, Universal Studios Japan yang menjanjikan detik luar biasa buat pengunjung. Nantikan jualan kilat pada 7 Julai untuk menikmati penjimatan tambahan sebanyak RM190 pada pembelian tiket!

Jika anda menggemari kotak misteri, bahan koleksi dan Labubu, dapatkan potongan 50% untuk membeli tiket ke Pop Land, sebuah taman tema Pop Mart pertama di Beijing!

Meronda di Sekitar Bandar dengan Diskaun Sewa Kereta

Anda mahukan kebebasan dan fleksibiliti untuk bersiar-siar secara santai semasa bercuti? Dengan diskaun hingga 30% yang disediakan sepanjang tempoh Jualan Mega, sewa kereta menjadi satu pilihan yang bijak! Jelajah ke destinasi menarik yang belum diterokai ramai dan daya tarikan tempatan mengikut jadual perjalanan anda sendiri di Phuket, Chiang Mai, Pulau Pinang, Langkawi, Tokyo, Osaka, Seoul, Jeju, Melbourne, Sydney, Dubai, Taipei dan banyak lagi bandar lain. Jangan lupa rebut kupon diskaun 50% yang akan dikeluarkan untuk meraih penjimatan lebih besar!

Tawaran Eksklusif Beli 1 Percuma 1

Cuba dan sertai keterujaan dengan tarikan utama di Malaysia yang turut termasuk dalam senarai 100 pengalaman terbaik global dan serantau dalam Penarafan Global Trip.Best 2025 tahun ini seperti Taman Tema Genting SkyWorld, Aquaria KLCC, Taman Tema Sunway Lagoon dan KL Hop On Hop Off. Dari 8-10 Julai, beli 1 tiket dan dapatkan 1 tiket percuma. Siapa cepat, dia dapat dan jangan terlambat!

Diskaun 50% KLIA Express

Ingin mengelakkan kesesakan lalu lintas sambil berjimat? Inilah penyelesaian terbaik buat anda. Pada 10 Julai, dapatkan tiket sehala KLIA Express yang berlepas dari KL Sentral ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur 1 (T1) pada separuh harga!

Semak kalendar* di bawah atau layari https://my.trip.com/w/tripmega untuk merebut semua tawaran Jualan Mega 7.7!

*Tertakluk pada terma dan syarat. Semua tawaran promosi boleh adalah mengikut kaedah siapa cepat dia dapat dalam tempoh yang dinyatakan, selagi stok masih ada.