Utama
Pilihan Editor
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.
Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

7 Tip Penjagaan Tayar Kereta Yang Wajib Anda Tahu
Ramai pemilik kereta sangat peka dengan servis minyak enjin dan brek tetapi sering terlupa bahawa tayar juga adalah komponen paling penting yang menentukan keselamatan di jalan raya.
Tanpa tayar yang baik, teknologi keselamatan canggih pada kereta moden sekalipun tidak akan berfungsi dengan sempurna. Hakikatnya, tayar merupakan satu-satunya titik sentuhan antara kereta anda dan jalan raya.
Cuba bayangkan jika tayar tiba-tiba pecah ketika memandu laju di lebuh raya atau kereta tergelincir di jalan basah kerana bunga tayar sudah botak.
Situasi ini bukan sahaja membahayakan pemandu malah penumpang dan pengguna jalan raya lain juga terdedah kepada risiko kemalangan.
Di sinilah pentingnya menjaga tayar, bukan sekadar untuk memastikan ia tahan lama tetapi juga untuk memberikan keyakinan setiap kali memegang stereng.
Menariknya, penjagaan tayar yang betul tidak memerlukan kos besar. Dengan langkah yang mudah, anda boleh menjimatkan minyak, memanjangkan jangka hayat tayar dan menikmati pemanduan yang lebih selamat serta selesa.
Jadi, mari kita lihat apakah 7 rahsia penjagaan tayar kereta yang wajib diketahui setiap pemilik kenderaan.
Langkah paling mudah tetapi sering diabaikan ialah memeriksa tekanan angin tayar. Tekanan tayar yang betul bukan sahaja membantu mengekalkan bentuk tayar malah memberi keselesaan pemanduan dan menjimatkan penggunaan bahan api.
Jika tekanan terlalu rendah, tayar akan cepat haus di bahagian tepi, mudah panas dan berisiko meletup terutama ketika perjalanan jauh.
Sebaliknya, jika tekanan terlalu tinggi, tayar akan haus di bahagian tengah dan cengkaman di jalan pula berkurangan.
Oleh itu, biasakan diri untuk memeriksa tekanan tayar sekurang-kurangnya sekali sebulan atau sebelum memulakan perjalanan jauh.
Panduan tekanan angin yang betul biasanya tertera pada pelekat di pintu pemandu atau dalam buku manual kenderaan.
2. Lakukan putaran (Rotation) tayar
Ramai yang tidak sedar bahawa tayar kereta sebenarnya haus dengan kadar yang berbeza mengikut posisi. Tayar bahagian depan biasanya lebih cepat haus kerana menanggung beban enjin dan fungsi stereng.
Untuk memastikan kehausan lebih sekata, lakukan putaran tayar setiap 8,000 hingga 10,000 km. Proses ini mudah dilakukan di bengkel dan membantu memanjangkan jangka hayat tayar.
Dengan putaran berkala, bukan sahaja tayar dapat bertahan dengan lebih lama malah pemanduan juga terasa lebih stabil dan seimbang.
Jika anda pernah rasa stereng bergegar ketika memandu atau kereta seperti “lari” ke sebelah ketika dilepaskan stereng, itu mungkin tanda masalah balancing atau alignment.
Imbangan tayar (balancing) penting untuk memastikan tayar berputar dengan sekata, manakala penjajaran (alignment) pula menjaga kedudukan tayar agar selari dengan stereng dan suspensi.
Jika kedua-dua aspek ini diabaikan, tayar akan cepat haus di sebelah tertentu dan pemanduan terasa tidak selesa.
Pemeriksaan balancing dan alignment disarankan setiap kali menukar tayar baharu atau apabila mula perasan tanda-tanda tersebut.
4. Periksa bunga dan kondisi yayar
Bunga tayar memainkan peranan besar dalam memastikan cengkaman di jalan raya khususnya ketika hujan. Jika kedalaman bunga tayar kurang daripada 1.6 mm, ia dianggap haus dan perlu diganti segera.
Tayar yang botak bukan sahaja licin malah meningkatkan risiko aquaplaning iaitu keadaan di mana tayar terapung di atas air dan menyebabkan kereta hilang kawalan.
Selain itu, periksa juga sama ada terdapat retakan halus, benjolan atau benang tayar yang sudah kelihatan. Semua tanda ini menunjukkan tayar tidak lagi selamat digunakan dan perlu diganti secepat mungkin.
BACA : Panduan Mudah “Renew” MyKad Rosak Secara Online
Setiap kereta direka dengan had muatan tertentu yang ditetapkan oleh pengeluar. Membawa beban melebihi kapasiti bukan sahaja membebankan enjin dan suspensi tetapi juga memberi tekanan berlebihan pada tayar.
Tayar yang menanggung beban berlebihan lebih mudah rosak, panas melampau dan berisiko pecah. Untuk keselamatan, sentiasa semak maklumat had muatan yang biasanya terdapat pada pintu kereta atau buku manual.
Jangan kompromi bab ini kerana ia berkait rapat dengan keselamatan anda di jalan raya.
6. Amalkan gaya pemanduan yang baik
Selain itu, cara anda memandu juga memberi kesan besar terhadap ketahanan tayar. Jika anda kerap membrek secara mengejut, memecut agresif atau kerap melanggar lubang jalan tanpa mengurangkan kelajuan, tayar akan cepat haus tidak sekata dan rosak lebih awal.
Sebaliknya, memandu dengan lebih berhemah bukan sahaja menjaga tayar malah turut menjimatkan bahan api dan mengurangkan risiko kerosakan komponen lain seperti suspensi dan rim.
Jadi, kawal gaya pemanduan anda kerana ia bukan saja baik untuk tayar tetapi juga untuk keselamatan semua orang dalam kereta.
Tidak semua tayar sesuai untuk semua keadaan. Ada tayar yang direka khas untuk kegunaan biasa di bandar, ada yang untuk prestasi tinggi dan ada juga untuk laluan mencabar seperti off-road.
Jika anda sering memandu jauh atau kerap melalui jalan berbatu dan tidak rata, pilihlah tayar yang lebih tahan lasak.
Begitu juga, jika anda tinggal di kawasan yang sering hujan lebat, tayar dengan corak bunga yang sesuai sangat penting untuk cengkaman lebih baik.
Pemilihan tayar yang tepat mengikut gaya pemanduan dan keadaan jalan mampu meningkatkan keselamatan serta memanjangkan jangka hayat tayar itu sendiri.
Kesimpulannya, tayar mungkin kelihatan sebagai komponen yang biasa pada kereta, tetapi hakikatnya ia adalah bahagian yang paling kritikal kerana menjadi penghubung antara kenderaan dan jalan raya.
Penjagaan tayar yang baik bukan sahaja memanjangkan jangka hayatnya malah memastikan perjalanan anda sentiasa selesa, selamat dan lancar.
Jadi, jangan tunggu sehingga tayar benar-benar botak atau pecah di tengah jalan baru mahu bertindak. Luangkan sedikit masa untuk memeriksa, merotasi, menyelaras dan mengganti tayar apabila perlu kerana langkah kecil ini mampu memberi perbezaan besar dalam melindungi nyawa anda serta orang tersayang.
BACA : Rahsia Rumah Nampak Luas: Buang Barang Ini, Hidup Minimalist