Terkini

Agama
Mufti WP Jelaskan Hukum Mencarut Di Media Sosial Ketika Berpuasa
Gaya hidup
Pasangan Dari AS Kenalkan Makanan Popular Malaysia Pada Anak, Siap Ada Lagu 'Negaraku'
Luar Negara
Enggan Beri Kentang Goreng, Pertikaian Rakan Berakhir Tragis
Berita
KTMB Tawar 20 Peratus Diskaun ETS Sempena Tahun Baru Cina, Ramadan
Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Kredit: Bernama

763 Kawasan Berisiko Banjir Di Pahang

Azizah Najib

763 Kawasan Berisiko Banjir Di Pahang

KUANTAN, 11 Okt (Bernama) — Sebanyak 763 kawasan di seluruh Pahang disenaraikan sebagai lokasi berisiko banjir, kata Pengarah Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM) Pahang Kol (PA) Che Adam A Rahman.

Beliau berkata data daripada Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) itu merekodkan daerah yang mempunyai kawasan hotspot paling tinggi ialah Temerloh sebanyak 185 lokasi, diikuti Jerantut (106), Pekan (89), Lipis (88), Bera (70), Kuantan (64), Raub (56), Maran (51), Bentong (23), Rompin (20) dan Cameron Highlands (11).

“Kebanyakan kawasan berisiko banjir ini di pinggir sungai dan di lokasi ini pasukan kita akan memantau secara berkala mengikut ramalan Jabatan Meteorologi.

“Selain itu, kami juga dimaklumkan siren amaran awal banjir juga berfungsi dengan baik ketika ujian diadakan minggu lepas,” katanya pada sidang media di sini hari ini.

BACA: METMalaysia Keluar Amaran Ribut Petir Di Lapan Negeri Petang Ini

Sementara itu, beliau berkata APM selaku Sekretariat Jawatankuasa Pengurusan Bencana Pahang telah bersiap sedia menghadapi Monsun Timur Laut (MTL) yang dijangka bermula pada November hingga Mac tahun depan dengan kekuatan anggota dan pegawai seramai 660 orang.

Menurut Che Adam, 17 bilik gerakan APM Pahang akan beroperasi 24 jam sehari melibatkan satu Pusat Kawalan Operasi Negeri (PKON), 11 Pusat Kawalan Operasi Daerah (PKOD) dan lima Pusat Kawalan Operasi Unit.

Beliau berkata bagi melancarkan operasi menyelamat sejumlah aset telah diselenggarakan antaranya kenderaan penyelamat perubatan (MRV) sebanyak 24 unit, kenderaan penyelamat berat (HRV) (15 unit) dan bot pelbagai saiz (72 unit).

Tahun ini katanya APM Pahang turut menerima lima bot baharu yang ditempatkan di kawasan pendalaman di daerah Jerantut, melibatkan peruntukan sebanyak RM100,000 daripada Agensi Pengurusan Bencana Negara (NADMA).

BACA: Hilang Sejak 8 Oktober, Empat Pelajar Darul Quran Ittifaqiyah Ditemui Selamat

Mengulas lanjut, beliau berkata Jabatan Kebajikan Masyarakat Pahang turut memaklumkan sebanyak 858 pusat pemindahan sementara (PPS) dengan kapasiti 166,295 siap untuk beroperasi bagi menempatkan mangsa banjir.

Dalam pada itu, beliau memaklumkan APM Pahang juga memainkan peranan sebagai pusat pengumpulan bantuan barang bencana justeru masyarakat boleh menyalurkan sumbangan kepada agensi berkenaan untuk diselaraskan dan diedarkan kepada mangsa banjir.

Che Adam turut mengingatkan masyarakat supaya tidak menularkan semula kejadian banjir sebelum ini yang akan menimbulkan kegusaran penduduk selain sentiasa menyemak maklumat yang sahih daripada agensi berkaitan.

BACA: Rasai Sendiri Dunia Sepi, Permainan Video “A Quiet Place” Bakal Temui Peminat

Sumber: Bernama