Terkini

Sukan
Liek Hou Juara Dunia Buat Kali Kesembilan
Politik
Noh Umum Letak Jawatan Ahli MPT Bersatu
Berita
Peruntukan Tambahan RM20 Juta Untuk SMJKC - Anwar
Trivia
Kenali Adat Menitik Mata Singa, Upacara Khas Sebelum Persembahan Tarian Singa
Berita
Hujan Lebat Di 9 Negeri, 2 Wilayah Hingga Malam Ini
Politik
Saya Punyai Tanggungjawab Pastikan Bersatu Terus Kukuh - Muhyiddin
Politik
Radzi Jidin & Faizal Azumu Galas Tugas Timbalan Presiden Bersatu
Berita
Pasangan Suami Isteri Maut, Kereta Terbakar Dirempuh SUV Di Temerloh
Berita
Aliran Trafik Di Lebuh Raya Utama Keluar Dari Lembah Klang Mulai Sesak Pagi Ini
Luar Negara
Fosil Mastodon & Sloth Gergasi Dipercayai Berusia 40,000 Tahun Ditemui
Gaya hidup
Terhibur, Lelaki Kongsi Pelembut Fabrik 'Bau Malaysia' Di Arab Saudi
Berita
Tiga Negeri Diramal Hujan Lebat Hingga Awal Pagi
Politik
Bersatu Larang Ahli Sertai Perhimpunan Anjuran Individu Dipecat
Gaya hidup
Sanggup Berhenti Kerja, Lelaki Korea Dedah Sebab Kenapa Tinggalkan Malaysia
Politik
PKR Berada Pada Tahap Terbaik - Anwar
Luar Negara
Detik-Detik Lubang Benam Gergasi Muncul Di Tengah Jalan
Politik
Wan Ahmad Fayhsal Pula Dipecat Bersatu
Berita
Beri Ruang Jawatankuasa Khas Siasat Isu Azam Baki - PM Anwar
Berita
Pertumbuhan Ekonomi Malaysia 2025 Catat 5.2 Peratus, Atasi Unjuran Awal
Politik
Hamzah Zainudin Dipecat Daripada Bersatu
Bisnes
TERAJU Lancar Empat Program Pacu Syarikat Berpotensi
Kesihatan
Hati-Hati Jika Nampak Putih Telur Berwarna ‘Pelangi’, Ini Risikonya
Berita
Hujan Lebat Di 7 Negeri, 1 Wilayah Hingga Malam Ini
Jenayah
Mahkamah Rayuan Lepas Sementara Syed Dengan Jaminan Sehingga Rayuan Didengar
Tip
Rahsia Cuci Kain Lebih Bersih, Guna Satu Bahan Mudah Ni
Luar Negara
Ahli Astronomi Terkejut Temui Bintang Dengan Susunan Planet Luar Biasa
Jenayah
SPRM Teliti Dakwaan Seleweng Pelaburan RM1.1 Bilion Libat Bekas Menteri Kanan
Luar Negara
Kim Jong Un Bakal Pilih Anak Perempuan Sebagai Pengganti?
Berita
Pemilikan Saham: Azam Baki Bersedia Sepenuhnya Untuk Disiasat
Gaya hidup
Lelaki Indonesia 'Hairan' Dengan Sikap Orang Malaysia
8 Barang Ini Bahaya Kalau Ditinggal Dalam Kereta
Gambar AI
Tiada Kategori

8 Barang Ini Bahaya Kalau Ditinggal Dalam Kereta

suhaila

8 Barang Ini Bahaya Kalau Ditinggal Dalam Kereta – Boleh Rosak Atau Meletup

Pernah tak kita parkir kereta di bawah panas terik kemudian masuk semula dan terasa seperti duduk di dalam ketuhar? Suhu dalam kereta yang diparkir boleh meningkat dengan mendadak.

Kadangkala boleh mencecah lebih 40°C walaupun cuaca di luar tidak terlalu panas. Keadaan ini bukan sahaja membuatkan ruang dalam kereta menjadi tidak selesa malah boleh memberi kesan berbahaya kepada barang-barang yang kita tinggalkan di dalamnya.

Hakikatnya, ada sesetengah barang yang bukan sekadar rosak apabila terdedah kepada haba melampau malah berisiko tinggi untuk meletup atau mencetuskan kebakaran tanpa kita sedari.

Ramai orang yang beranggapan meninggalkan barang di dalam kereta sekejap saja tidak mendatangkan apa-apa masalah tetapi realitinya masa yang diperlukan untuk berlakunya kerosakan atau insiden berbahaya adalah sangat singkat.

Dalam artikel kali ini, kita akan kongsikan 8 barang yang patut dielakkan daripada ditinggalkan dalam kereta bersama sebab-sebabnya agar kita lebih peka dan dapat mengelakkan kemalangan yang tidak diingini.

1. Botol air plastik

Botol air plastik nampak seperti barang yang selamat tetapi hakikatnya ia boleh menjadi punca bahaya yang tidak disangka.

Apabila terdedah kepada suhu tinggi dalam kereta, bahan kimia daripada plastik boleh larut ke dalam air. Ini akan menjadikannya tidak selamat untuk diminum.

Lebih membimbangkan, cahaya matahari yang menembusi tingkap kereta dan melalui botol air boleh bertindak seperti kanta pembesar.

Ia akan memfokuskan cahaya pada satu titik dan berpotensi mencetuskan api. Walaupun risikonya jarang berlaku, ia bukan sesuatu yang mustahil.

Jadi, elakkan meninggalkan botol air di dalam kereta apatah lagi di tempat yang terdedah terus kepada cahaya matahari.

2. Peranti elektronik (Telefon, tablet, laptop)

Peranti elektronik seperti telefon, tablet atau laptop juga mengandungi bateri lithium-ion yang sensitif kepada haba.

Apabila suhu terlalu tinggi, tekanan dalaman bateri boleh meningkat sehingga menyebabkan ia mengembang, bocor atau dalam kes yang lebih teruk ia akan meletup.

Selain itu, haba yang melampau juga boleh merosakkan komponen dalaman. Keadaan ini boleh menyebabkan skrin retak atau papan litar gagal berfungsi.

Pernah ada kes di mana telefon yang ditinggalkan dalam kereta terbakar sendiri kerana cuaca panas terik. Jadi, pastikan anda bawa ia bersama setiap kali meninggalkan kenderaan.

3. Makanan dan minuman

Meninggalkan makanan atau minuman di dalam kereta terutamanya yang mudah rosak seperti susu, kek, atau makanan laut adalah undangan kepada masalah kesihatan. Suhu panas yang terperangkap di dalam kereta boleh mempercepatkan pertumbuhan bakteria sehingga berlipat kali ganda.

Keadaan ini menjadikan makanan tersebut tidak selamat untuk dimakan walaupun secara zahirnya masih kelihatan elok. Bau busuk juga akan melekat pada ruang dalam kereta dan sukar dihilangkan walaupun selepas dibersihkan.

Jadi, jika anda membeli makanan untuk dibawa pulang, pastikan ia tidak dibiarkan lama di dalam kereta walaupun anda fikir cuma sebentar.

4. Ubat-ubatan

Di samping itu juga, kebanyakan ubat sama ada dalam bentuk pil, kapsul atau cecair mempunyai arahan penyimpanan pada suhu bilik.

Pendedahan kepada suhu yang tinggi boleh mengubah struktur kimia ubat. Ia akan menjadikannya kurang berkesan atau berbahaya apabila diambil.

Contohnya, insulin untuk pesakit diabetes perlu sentiasa disimpan pada suhu tertentu,dan jika ia rosak akibat haba kesannya boleh mengancam nyawa.

Oleh itu, simpan ubat anda di tempat yang sejuk dan selamat bukan di dalam kereta yang suhunya tidak menentu.

5. Tin aerosol (Penyembur rambut, deodorant, cat spray)

Inilah antara barang yang ramai tak sangka berbahaya. Tin aerosol mengandungi gas bertekanan tinggi yang mudah mengembang apabila dipanaskan.

Apabila suhu dalam kereta meningkat, tekanan dalaman tin boleh mencecah tahap kritikal dan menyebabkan ia meletup secara tiba-tiba.

Letupan ini bukan sahaja boleh merosakkan bahagian dalam kereta malah serpihan logam atau kaca boleh mencederakan sesiapa yang berada berhampiran.

Banyak insiden telah direkodkan di mana kereta mengalami kerosakan teruk akibat letupan tin aerosol. Jadi, elakkan menyimpan apa-apa produk berbentuk semburan di dalam kenderaan.

BACA : 10 Idea “Mini Pantry”, Buat Dapur Kecil Nampak Wow

6. Kad bank dan kad pengenalan

Antara lain, kad bank, kad pengenalan atau lesen memandu yang diperbuat daripada plastik juga mudah melengkung atau retak apabila terdedah kepada suhu panas yang berpanjangan.

Bukan itu sahaja, cip elektronik pada kad bank atau kad pengenalan boleh rosak akibat haba seterusnya akan menyebabkan kad gagal dibaca oleh mesin.

Ramai yang tidak sedar, menggantikan kad ini memerlukan masa, kos dan kadangkala melibatkan urusan yang menyusahkan. Jadi, simpan kad penting anda di dompet atau beg dan bukan di dalam kereta.

7. Bateri longgar

Bateri longgar sama ada bateri AA, AAA atau bateri kamera boleh menjadi punca kebakaran jika dibiarkan di dalam kereta.

Suhu yang panas boleh menyebabkan bateri bocor, meletup atau mengeluarkan bahan kimia yang berbahaya. Lebih berisiko lagi jika bateri bersentuhan dengan objek logam seperti kunci atau duit syiling kerana ia boleh mencetuskan percikan api.

Untuk keselamatan, simpan bateri di dalam bekas khas dan elakkan meninggalkannya di dalam kereta terutama pada hari panas terik.

8. Powerbank

Powerbank kini sudah menjadi antara barang wajib yang sentiasa dibawa ke mana-mana namun ia juga tergolong dalam kategori peranti yang berisiko tinggi jika dibiarkan di dalam kereta. Sama seperti telefon pintar dan komputer riba, powerbank menggunakan bateri lithium-ion yang sangat sensitif terhadap haba.

Apabila terdedah terlalu lama kepada suhu tinggi, bateri ini boleh mengembang, bocor bahkan meletup. Terutama jika kualitinya rendah atau sudah lama digunakan.

Beberapa kes letupan powerbank dalam kereta pernah dilaporkan dan impaknya bukan sahaja memusnahkan kenderaan malah boleh mencetuskan kebakaran yang membahayakan nyawa.

Kesimpulannya, walaupun kereta kita mungkin selamat daripada pencuri ia tetap terdedah kepada ancaman haba yang tersekat di dalamnya.

Suhu yang tinggi bukan sekadar merosakkan barang tetapi boleh mendatangkan risiko kepada keselamatan nyawa. Jadi, sebelum mengunci pintu dan berlalu pergi, luangkan masa beberapa saat untuk memeriksa barang-barang di dalam kereta.

Langkah yang kecil ini mampu mengelakkan kerugian besar dan mungkin juga menyelamatkan nyawa.

Sumber : bhpetrol, dicklovett

BACA : Dah Wangi Tapi Masih Berbau? Ini 7 Musuh Senyap Bau Badan