Utama

Pilihan Editor

Ini Kisah Aku

Kisah peribadi rakyat Malaysia, dalam suara mereka sendiri.

Lihat semua kisah

8 Jenis Pakaian Ini Jangan Masukkan Dalam “Dryer”, Berisiko Untuk Rosak

Mesin pengering memudahkan pengguna untuk mempercepatkan pengeringan pakaian. Fungsinya juga kadang-kala mengeringkan pakaian anda tanpa perlu dijemur.

Namun begitu, terdapat beberapa jenis pakaian yang tidak boleh dimasukkan ke dalam mesin pengering. Jenis-jenis pakaian ini tidak boleh ‘terkena’ suhu panas pengering menyebabkan pakaian anda terkoyak.

The Spruce, melaporkan beberapa jenis pakaian yang tidak boleh dimasukkan ke dalam mesin pengering.

1. Baju Dalam

Bra menggunakan spandeks dan bahan elastik bagi meregangkan dan memberi sokongan. Suhu yang tinggi boleh merosakkan bahan-bahan sedemikian dan mencatatkan bentuk pakaian dalam anda.

Cara mencuci pakaian dalam ini adalah cuci dan jemurkan. Ia membantu untuk mengekalkan bentuk dan tidak merosakkan.

2. Beg

Tidak seharusnya beg ditempatkan di mesin pengering kecuali 100 peratus kainnya diperbuat dari jenis kapas.

Suhu yang tinggi menyebabkan bahan luarnya mencair atau melengkung dan dapat merosakkan struktur bahagian dalam beg.

3. Pakaian kulit dan suede

Selain itu, anda tidak disarankan untuk menggunakan mesin pengering walau pakaian tersebut basah-kuyup. Suhu yang tinggi menyebabkan kain berubah bentuk atau ‘retak’. Cara untuk mengeringkannya adalah dengan mengantungkan barangan kulit agar kering dengan sendirinya atau dibawah sinaran matahari.

4. Pakaian jenis sutera dan kain halus

Kain sutera, renda dan jaring tipis tidak diseharusnya dikeringkan menggunakan mesin pengering. Suhu tinggi menyebabkan kedutan yang hampir mustahil untuk dihilangkan.

Seterusnya, membahayakan kerana pakaian berjenis ini boleh tersangkut dan merosakkan mesin pengering anda.

5. Pakaian sukan

Kelima, pakaian sukan diperbuat daripada serat sintetis berteknologi tinggi seperti pakaian dalam. Ia berfungsi memberikan sokongan dan menghilangkan kelembapan sewaktu bersukan.

Bagi menjaga kualiti dan bentuknya, hindari menggunakan mesin pengering dan biarkan ia mengering dengan sendirinya.

6. Sweater

Pakaian ini diberbuat dari benang jenis kait yang boleh menghilangkan bentuknya jika dicuci dengan salah. Suhu penegring menyebabkan benang meregang.

Justeru, sweter dibiarkan mengering sendiri seperti menjemurnya dibawah sinar matahari.

7. Pakaian renang

Pakaian renang hendaklah dicuci selepas menggunakannya bagi menghilangkan kotoran. Pakaian ini akan terbelit dengan sendirinya dan rosak jika menggunakan mesin pengering.

8. Pakaian bermanik

Akhir sekali, kain yang mempunyai manik tidak sepatutnya dikeringkan menggunakan mesin pengering. Tetapi dibiarkan mengering sendiri dengan jemur bagi mengelakkan manik tercabut atau manik yang digam meleleh.

Sumber: Kompas.com